Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR & Fasiliti Perumahan Pelajar

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Warga NR.
| 11 FEBRUARI 2026 |
[TINJAUAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN VAN SHUTTLE PELAJAR NON RESIDEN UMS]
Pihak Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Non Residen (JAKMAS NR) Sesi 2025/2026 sedang menjalankan satu tinjauan bagi menilai keperluan perkhidmatan van shuttle khusus untuk pelajar Non Residen Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpul maklum balas, cadangan serta keperluan sebenar mahasiswa Non Residen berkaitan kemudahan pengangkutan pergi ke dan balik dari kampus.
Maklumat yang diperoleh akan dijadikan asas pertimbangan bagi penambahbaikan kebajikan serta cadangan kepada pihak berkaitan.
Sehubungan itu, semua mahasiswa Non Residen adalah amat digalakkan untuk menyertai tinjauan ini dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster hebahan. Kerjasama dan maklum balas daripada anda amat penting bagi memastikan keperluan mahasiswa dapat disuarakan secara menyeluruh.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tinjauan ini boleh diajukan kepada:
📞YDP Hafizuddin +60 18-215 7714
📞NYDP Fahmi +60 13-671 4749
“MEREALISASIKAN KEBAJIKAN MAHASISWA, TANPA MENGIRA SEMPADAN MASA”
Yang Ikhlas,
JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA NON RESIDEN 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Facebook
Jawatankuasa Kabajikan Mahasiswa Non Residen UMS
bit.ly/FACEBOOKJAKMASNR
Instagram
nonresident_ums
bit.ly/IGNONRESIDENTUMS
TikTok
nonresident_ums
bit.ly/TikTokNonResidenUMS
Linktree







