PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLULMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: GANGGUAN AKSES RANGKAIAN DAN INTERNET
 
Untuk makluman terdapat kerosakan berpunca dari kerosakan core switch yang bertempat di Fakulti Psikologi dan Pendidikan yang menjejaskan akses rangkaian dan internet di lokasi seperti berikut:
 
1. FPP (SPKS)
2. FKSW (SSS)
3. FKSW (SPS)
4. PPST
5. FKJ Blok A
6. FPEP
 
Tindakan pemulihan diambil secara berperingkat dengan menggunakan penyelesaian alternatif membuat reroute ke core switch lain dan pemasangan fiber. Tindakan sementara ini ditentatifkan akan diselesaikan selewat-lewatnya hari ini.
 
Segala kesulitan amat dikesali.

Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
Kempen Pemeriksaan PAP SMEAR Secara Percuma Anjuran KESUMBA dan Klinik Kesihatan Likas
Pegawai Dihubungi
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
 
KEMPEN PEMERIKSAAN PAP SMEAR SECARA PERCUMA ANJURAN KESUMBA DAN KLINIK KESIHATAN LIKAS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Kelab Suri rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Likas akan mengadakan Kempen Pemeriksaan Pap Smear secara percuma pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 12 Oktober 2016 (RABU)
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Teratak KESUMBA, UMS
 
3. Ahli KESUMBA dan semua kakitangan wanita UMS adalah dialu-alukan hadir pada program ini bagi mengetahui status kesihatan anda. Terdapat pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah juga sepanjang program ini berlangsung.
 
Sekian. Terima kasih.