Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik
Subjek: Penutupan Tempahan Dewan Kuliah Pusat UMS 22 Dis 2018 Hingga 13 Jan 2019
 
Adalah dimaklumkan bahawa tempahan Dewan Kuliah Pusat akan ditutup bagi sebarang aktiviti/ majlis/ program bermula pada 22 Disember 2018 (Sabtu) sehingga 13 Januari 2019 (Ahad) bagi memberi laluan kepada Peperiksaan Akhir UMS semester 1 sesi 2018/2019.
 
Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
KEPADA : SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : PENGISIAN DAN PENILAIAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN 2018 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
Semua kakitangan UMS WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2018.
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD) membuat pengisian sebelum 31 Disember 2018 manakala Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) menyelesaikan penilaian LNPT sebelum 31 Januari 2019.
 
Sekian, harap maklum.
 
UNIT PERHUBUNGAN PEKERJA DAN PRESTASI
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
 
Pegawai dihubungi:
1. Pn. Carrie Grace Jaymess (No. Samb. 4157)
2. Pn. Sabiah Bansai/ Pn. Saverin Vun Sang (No. Samb. 1173)
 
LAMPIRAN: 
 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Subjek: Program Pembersihan Pantai ODEC UMS Anjuran Pusat Islam dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Adalah dimaklumkan Program Pembersihan Pantai ODEC bagi JTMK & PIUMS telah ditunda atas faktor cuaca. Oleh yang demikian, tarikh baru akan dimaklumkan kelak.
 
Sekian dan terima kasih