Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Kepada semua pengunjung/ pelawat yang dihormati;
 
Dimaklumkan bahawa, ruang pameran dan bilik-bilik perkhdimatan di U-Science ditutup bermula pada 23 Ogos 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dijadualkan. Walau bagaimanapun, Program Jangkau Luar (Outreach) kami akan diteruskan seperti biasa.
 
Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan kami amat menghargai segala kesabaran dan sokongan anda semua.
 
Sekian.  
 

=====================================================
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, sila hubungi kami di talian yang tertera di bawah. Terima kasih.
Whatsapp Number (Chat & Call)+6088-320390

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera,
 
Anda banyak barangan terpakai di rumah? Tak tahu nak buat apa dengan botol-botol plastik dan kain-kain perca? Jom tukar barangan terpakai jadi kraftangan!
 
 JK Ecocommunity Ecocampus PPIB dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menganjurkan program ‘Bengkel Penghasilan Kraftangan Berpotensi Komersial (BPKBK)’ yang akan dijalankan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh    : 28 Ogos 2024 (Rabu)
Masa     : 8:00 pagi - 4:30 petang
Tempat  : Bilik Smartspace, Aras Bawah, PPIB
 
Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 20 orang terawal.
Terbuka kepada semua kakitangan UMS.
 
Sila isi butiran anda untuk mengesahkan kehadiran:
 
Jangan lupa bawa barangan terpakai anda.
Jumpa di sana!