Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan dan Sunting UMS

 

 

Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

 

Unit Terjemahan dan Sunting UMS (UTUMS) dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menawarkan Kursus Asas Penterjemahan (Intensif) khas untuk staf UMS sahaja (pentadbir dan akademik) mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh: 23-28 September 2024 (Isnin-Sabtu)

Masa: 9.00 pagi-5.00 petang

Mod kursus: Dalam talian (Online)

Bahasa terjemahan: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Yuran: RM1000.00 seorang (bahan pembelajaran dan sijil)

Tarikh tutup pendaftaran: 18 September 2024 (Rabu)

 

Sorotan kursus:

  • Asas, teori dan teknik penterjemahan
  • Bahasa Melayu dalam terjemahan
  • Penterjemahan teks umum
  • Penterjemahan teks sains sosial
  • Penterjemahan teks sains teknologi

 

Kursus akan dijalankan oleh penatar ITBM yang berpengalaman.

 

Maklumat pembayaran kepada ITBM:

  1. Pindahan wang secara dalam talian
  2. Pesanan kerajaan (LO)
  3. Deposit mesin
  4. Cek tunai

 

Pautan pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScoQ2bqjwEHWiqkZJrUlmVzpFg4nVM0IZJoUA69vbRzlXD1MA/viewform?fbzx=-5357004303926077531

 

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:

Dr. Wendy Hiew (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Dr. Rose Patsy Tibok (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN HEBAHAN PROMOSI PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI MAKMAL BERSEPADU, PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan promosi perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih