Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
SESI PERJUMPAAN PENERBIT UMS BERSAMA KAKITANGAN UMS
 
Adalah dimaklumkan bahawa Penerbit UMS akan mengadakan satu Sesi Perjumpaan bersama Kakitangan UMS pada ketetapan yang berikut:
 
Tarikh : 2 Mei 2024 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi 
Kaedah : Secara Atas Talian WEBEX (https://tinyurl.com/umspums2524)
 
Sehubungan itu, semua kakitangan UMS adalah dijemput untuk menghadiri sesi ini dan mohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kakitangan yang berminat untuk mengenali perkhidmatan Penerbit UMS.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Ketahui rahsia pemakanan sihat dengan Logo Pilihan Sihat Malaysia! 

Perhatikan logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) ini apabila membeli-belah barangan runcit supaya lebih mudah mengenal pasti pilihan makanan lebih sihat.

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

 

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.