Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua PYD, PPP, PPK dan PEER yang telah menyelesaikan tanggungjawab masing-masing.
 
Bagi PYD, PPP, PPK dan PEER yang MASIH BELUM membuat pengisian & penilaian, dipohon agar mengisi atau menilai borang e-LNPT dengan KADAR SEGERA.
 
Kegagalan untuk mengisi dan membuat penilaian mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan implikasi berikut;
 
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2024;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
 
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sektor Prestasi dan Psikologi
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📢Bah! Jom ramai-ramai kita berjualan di Tamu Healing@UMS Library 
 
🗓 14-17 Mei 2024 (Selasa-Jumaat) 
🕤 8.30 pagi - 7.00 malam 
🏢 Perpustakaan UMS 
 
🔴 Tapak Sewaan Harian
◻Food truck
◻Booth (100-120sq ft)
 
📌Permohonan tapak jualan boleh dibuat melalui pautan https://forms.office.com/r/CFrWTMkuTN
📌Bayaran boleh dibuat semasa program berlangsung pada 14 Mei 2024 (Selasa) 
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📱Puan Shazwina 
0128248737
 
#HBPPUMS
#HariBertemuPelangganPerpustakaanUMS
#30tahunUMS 
#BertekadCemerlang 
#UMSofficial
#PerpustakaanUMS
#UMSLibrary

 
Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika
 
 
 
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Sukuan pertama (Januari - Mac 2024) bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasabaik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS : 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS 
 
 
Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.
 
Sekian.