Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

HEBAHAN SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2024 : PINDAAN PERTAMA PEKELILING BENDAHARI BIL. 4. TAHUN 2023 - TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN MENGGUNAKAN DANA DALAMAN UMS
 
Salam sejahtera,
 
Tuan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Bendahari Bilangan 1 Tahun 2024 : Pindaan Pertama Pekeliling Bendahari Bil. 4 Tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Perolehan Menggunakan Dana Dalaman UMS bagi tujuan hebahan kepada semua PTJ.
 
3. Pekeliling ini juga  boleh diakses melalui pautan ke laman web Jabatan Bendahari seperti berikut:
 
 
 
Kerjasama pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Dr./Tuan/Puan,
 
Seperti yang semua sedia maklum, semua kakitangan pentadbiran telah mengisi borang SKT format baharu bermula tahun penilaian 2022.
 
Sehubungan itu, cadangan dan pandangan daripada semua kakitangan pentadbiran berkaitan borang SKT dan borang e-LNPT Pentadbiran format baharu ini adalah sangat dialu-alukan.
 
Oleh itu, mohon kerjasama semua kakitangan pentadbiran untuk melengkapkan borang maklumbalas melalui pautan berikut;
 
 
Segala kerjasama Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Dimaklumkan bahawa Tempoh Penilaian PPP dan PPK bagi LNPT Kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah seperti berikut;
 

BIL 

PERKARA 

TARIKH 

Penilaian PPP 

13 Jan - 27 Jan 2024 

Penilaian PPK/ PEER* (* bagi kakitangan akademik sahaja) 

28 Jan - 11 Feb 2024 

 
Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berharap agar semua PPP, PPK dan PEER dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
 
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

MAKLUMAN PENYELENGGARAAN PORTAL PENDAFTARAN PEREKA 2024
 
Perhatian kepada semua warga UMS
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) sedang menambah baik modul pendaftaran PEREKA 2024 untuk memudahkan proses pendaftaran. Pembukaan semula portal pendaftaran akan dimaklumkan setelah kerja penyelenggaraan selesai dijalankan.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali dan harap maklum.