Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

  

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Ts./Dr./Ir./Tuan/Puan,

 

BULETIN TAHUN PENGKOMERSIALAN MALAYSIA (MCY) EDISI 1/2023

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

  

2.   Untuk makluman, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (PTK) telah menyediakan Buletin Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Edisi 1/2023 sebagai usaha untuk menambahbaik penyampaian maklumat MCY kepada warga MOSTI, pemegang taruh dan pihak berkepentingan berkaitan MCY. Penyediaan Buletin ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan status pelaksanaan dan perkembangan terkini MCY kepada masyarakat umum.  

  

3.   Buletin MCY Edisi 1/2023 memfokuskan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan untuk meningkatkan aktiviti pengkomersialan dan memperkasakan daya saing produk R&D negara serta memperluaskan jaringan pengkomersialan di pasaran tempatan serta seterusnya menembusi pasaran global sepanjang tahun 2023. Buletin ini boleh dimuat turun di Portal MCY seperti pautan di bawah: 

 

 Pautan:

https://mcyportal.mosti.gov.my/web/penerbitan/ 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan 

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak kami memohon maklum balas daripada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster atau pautan yang berikut;
 
Segala perhatian dan tindakan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan Pelanjutan Terakhir tempoh pengisian borang LNPT Tahun Penilaian 2023 adalah pada 12 Januari 2024 (Jumaat), 11.59 malam.
 
Teruskan usaha bagi yang masih berjuang. Tahniah kepada yang telah berjaya menghantar borang mengikut takwim yang ditetapkan.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

 

Bah! Jom Sertai Kami...

 
”PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES”
 
📔 Tajuk : Pengkomposan Sisa Makanan: Sains dan Praktikal
🗓️ Tarikh : 09 Januari 2024 (Selasa)
🕰️ Masa : 08.30 - 09.30 Pagi
 
🔗 YouTube Live
Pautan/Link:
 
ANDA semua adalah dijemput;
 
🆓 Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua.
📌 Mata IDP/SDP akan diberikan (kepada staf dan pelajar UMS).
📜 E-Sijil akan diberikan kemudian.
 
Anjuran U-Science UMS dengan sokongan penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.
 
Jom Follow Kami:
 
Facebook:
Instagram:
YouTube:
 
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, sila hubungi kami di talian yang tertera di bawah. Terima kasih.
Whatsapp Number (Chat & Call):
+6088-320390
 
#UScienceUMS
#KSTI
#KSS
#SabahMajuJaya
#UniversitiMalaysiaSabah
#3SSTEMspeakerseries
#sokongpendidikanSTEM
#welearnweplaywediscover

#STEMUMS