Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

PC MAINTENANCE 
 
🗓️Tarikh: 6 September 2023 (Rabu)
⏳Masa: 9 pagi
📍Tempat: Bilik Latihan Khusus ICT JTMK
🎤Penceramah: En. Christoly Lazorus, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
 
 
Untuk pendaftaran program, sila isi borang Google Form pada pautan di atas!
 
Mata IDP akan diberikan

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

 

AWARENESS: HOW SECURE IS TOO SECURE

 
🗓️Tarikh: 4 September 2023 (Isnin)
⏳Masa: 9 pagi
📍Tempat: Smart Space JTMK
🎤Penceramah: Pn. Rina Suryani Sulong, Pegawai Teknologi Maklumat
 
Untuk pendaftaran program, sila hubungi/mesej En. Elveen Arrif bin Hussin (013-5485974).

Mata IDP akan diberikan

 

 

Pengumuman Daripada: Unit Penerbitan, Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT

 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak masjid telah melancarkan “Kempen Infak Dapur Rahmah” kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya siswa/siswi Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Selain itu juga, sumbangan ini digunakan untuk majlis-majlis berbuka puasa seperti puasa sunat isnin dan khamis dan penyediaan makanan semasa minggu peperiksaan.
 
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi asbad bekalan di akhirat kelak, insyaallah
 
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
 
• InfakPay Masjid UMS (Potongan Bulanan): https://infaqpay.my/go/masjidums  
• Akaun Tabung Amanah Masjid UMS (10052010004996 Bank Islam)
- Rujukan: Dapur Rahmah
 
 
 
 

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

 

"SEMANGAT JUANG, BANGSA MERDEKA" 

Muzikal 1963 ialah program yang julung kalinya akan dipersembahkan bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah selama empat hari bermula 20 hingga 23 September 2023.   

Program ini bertujuan memperingati kembali semangat perjuangan tokoh-tokoh negeri Sabah seperti Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun (Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang pertama) dan Tun Mohammad Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah Yang Pertama). Muzikal ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF). Muzikal ini turut menampilkan barisan artis di Bawah Bayu.  

Potongan harga tiket bermula dari 15% sehingga 50% menanti anda. Jom!!! datang beramai-ramai menyaksikan Muzikal 1963. 

Pembelian tiket boleh dibuat dalam talian melalui pautan google form/QR code yang tertera.  

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSczx3iPmzB4e7iEQzHHVsYT2w0b-zBwCiYkXPRZDkPV3cb7cA/viewform?usp=pp_url