Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa AYUSH Scholarship Scheme 2023-2024  kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan lepasan ijazah berkaitan perubatan tradisional India (PTI) dan homeopati di India.

3. Pemohon disarankan untuk menyemak senarai kelayakan yang boleh didaftarkan untuk pengamal PTI / homeopati di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] melalui https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/kelayakan-pengamal terlebih dahulu sebelum membuat permohonan ke universiti yang berkaitan.

4. Pelawaan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023. Permohonan boleh dibuat di pautan http://a2ascholarships.iccr.gov.in/.

5. Kerjasama daripada tuan / puan adalah dimohon untuk menyebarluas hebahan berhubung penawaran ini bagi menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia untuk memohon biasiswa tersebut. Perhatian dan kerjasama daripada tuan / puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Tinggi

 

Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

 

YBrs. Prof./Prof. Madya. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ingin menjemput YBrs. Prof./Prof.Madya.Dr./Dr./Tuan/Puan untuk berkunjung ke kaunter perkhidmatan LPPSA seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh             : 26 Jun 2023 (Isnin)
Masa                 : 10.00 pagi sehingga 3.30 petang
Tempat              : Ruang Legar, Aras 3, Jabatan Bendahari
                      Blok Utara, Bangunan Canselori
 
3.   Pembukaan kaunter LPPSA ini bertujuan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
       i.   Memberi penerangan berkaitan produk LPPSA;
       ii.  Aplikasi di Telefon Mudah Alih;
       iii. Sistem LMS yang digunapakai oleh LPPSA;
       iv. Semakan, kiraan kelayakan pinjaman dan menyemak penyata baki pinjaman; dan
       v.  Khidmat nasihat berhubung pinjaman perumahan sektor awam.
 
Sekian, terima kasih.