Pengumuman Daripada : Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
Pengumuman Daripada : Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari
Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS (PPUU)
Link Perisytiharan Harta: //https://registrar.ums.edu.my/staff/web/harta/index
Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah
Maklumat lanjut sila rujuk pautan ini: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-26 (MAT KESUMBA KALI KE-26)
YBhg. Prof/Dr/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-26 (MAT KESUMBA KALI KE-26)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawaMesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-26 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori dan Secara maya menggunakan platform Webex (Link akan dikemukakan kemudian)
3. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang Penamaan Calon Exco Baru KESUMBA, dan borang cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum23 Jun 2023 (Jumaat). Dilampirkan bersama ini Notis Mesyuarat, Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul, Borang Penamaan Calon dan Pelepasan untuk tindakan selanjutnya.
Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)
Maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini: GARIS PANDUAN PPRN - GARIS PANDUAN BILANGAN 1 TAHUN 2022
YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2.0 BAGI TAHUN 2023 - FASA 2/2023 (13 JUN 2023 - 14 JULAI 2023)
Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 bagi Fasa 1/2023pada 13 Jun 2023 – 14 Julai 2023. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.
3. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon kerjasama YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik-penyelidik di F/A/I/P YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan masing-masing. Maklumat berkaitan pembukaan fasa baharu ini juga telah diumumkan melalui laman web rasmi PPRN: https://pprn.mohe.gov.my/ dan sistem PPRN.
4. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan PPRN untuk makluman dan rujukan YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS seperti berikut:
i) Puan Hetty Hazwani binti Dzulkipli Penolong Pendaftar 013-8852373 | ii) Puan Norapidawati Mohd Yunus Pembantu Tadbir 016-8643120 |
Perhatian daripada pihak YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, dan harap maklum.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768