Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Gotong-royong Perdana EKSA boleh diadakan pada 7 Jun 2023 (Rabu) di peringkat Jabatan/ Fakulti/ Pusat / Institut / Bahagian masing-masing. Kesesuaian masa adalah tertakluk kepada kebenaran Ketua JFPIB masing-masing.

Setiap ketua zon dikehendaki mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti gotong-royong tersebut dilaksanakan. 

Kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Sitasi dan Infometrik, Jabatan Pendidikan Tinggi

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI) mempelawa penerbit dan editor jurnal yang berminat dan memenuhi syarat seperti di poster hebahan untuk memohon Penilaian MyCITE 2023. Permohonan jurnal untuk Penilaian Jurnal MyCite bagi Tahun 2023 akan dibuka secara online pada 15 Mei 2023 (Isnin) pada jam 9.00 pagi sehingga 30 Jun 2023 (Jumaat).

Oleh itu, penerbit dan editor Jurnal yang berminat dan berkelayakan hendaklah melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui pautan https://forms.gle/iE3DSpBKrKwA2Z1u5

Sebarang maklumat yang diperlukan berkaitan urusan ini bolehlah merujuk kepada Facebook rasmi Pusat Sitasi & Infometrik formerlyknown as Malaysia Citation Centre dan portal rasmi Pusat Sitasi dan Infometrik mycc.mohe.gov.my.