Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari OSH Sedunia dan Prapelancaran Minggu OSH Peringkat Universiti Malaysia Sabah. 
 
Tarikh : 23 Jun 2023 (Jumaat)
Masa  : 3:00 petang 
Tempat : Bilik Seminar, Pusat Islam UMS
 
Dirasmikan oleh : YB Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

Salam hormat,

Bersama ini disertakan poster JEMPUTAN PENGENALAN MEMANAH TRADISIONAL PERCUMA UNTUK STAF UMS sebagai persiapan menjayakan Kejohanan Sukan Memanah Tradisional sempena Pesta Konvokesyen 2023 yang bakal diadakan nanti.

Semoga sukan memanah tradisional ini terus subur berkembang baik di Universiti Malaysia Sabah dan menjadi salah satu produk sukan pelancongan UMS serta terkenal dalam kalangan IPTA. Insya-Allah.
 
Peluang warga UMS untuk aktif memanah tradisional hingga ke persada antarabangsa.
 
Pertanyaan lanjut sila hubungi En. Suhaimi Sapiee (+6019-792 0869) atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN MENYERTAI IBADAH KORBAN PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1444H/2023M 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) akan mengadakan Program Ibadah Korban pada ketetapan berikut:- 

              Tarikh              : 29 Jun 2023 / 10 Zulhijjah 1444H (Khamis) 

               Masa                : 9.00 pagi

               Tempat            : Pusat Islam UMS 

03.      Sehubungan dengan itu, pihak PIUMS mempelawa YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan dibawah seliaan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan menyertai program ibadah korban tersebut. Bersama ini, disertakan poster dan borang penyertaan ibadah korban (https://forms.gle/8c52QWFXezWn82LU8) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Binik Majuril No. H/P : 019-8737704 / 013-8728323 atau melalui e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat kami hargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. 

Sekian.