Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

 

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik [PPKA] ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.  Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan PPKA, mohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat melengkapkan kaji selidik kepuasan pelanggan PPKA dengan mengimbas QR Code yang dipaparkan atau melalui pautan berikut:

https://bit.ly/PPKACustomerFeedback

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS 

 

 

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan UMS akan menganjurkan Taklimat Senaman dan Pengambilan Makanan Harian: Tips untuk Kekal In-Shape. 

Sehubungan dengan itu, dijemput YBhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat berkenaan mengikut ketetapan berikut:  

Tarikh            : 22 Mac 2023 (Rabu)  

Masa              : 10.00 Pagi   

Secara dalam talian melalui Webex - https://bit.ly/3mS9RMh

Kehadiran YBhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat ini adalah amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

Sehubungan itu, mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah:

 

1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FPT

 

2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS.

 

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian.