Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS
Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak kami memohon maklum balas daripada YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster atau pautan yang berikut;
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. / Dr. / Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KETUA KOMUNIKASI KORPORAT DI UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia/ Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara peminjaman / pertukaran sementara I kontrak di Kementerian Pendidikan Tinggi. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1. | Jawatan | : | Ketua Komunikasi Korporat Gred 54 (Terbuka) | ||
2. | Kementerian/Jabatan | : | Kementerian Pendidikan Tinggi | ||
3. | Kumpulan | : | Pengurusan dan Profesional | ||
| Perkhidmatan |
|
|
| |
4. | Klasifikasi | : | Sosial (S) | ||
| Perkhidmatan
|
|
|
| |
5. | Taraf Jawatan | : | Peminjaman/ Pertukaran Sementara/ Kontrak | ||
6. | Jadual Gaji | : | Gaji Minimum: RM6,070.00 | ||
|
|
| Gaji Maksimum : RM13,138.00 | ||
|
|
| Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM320.00 | ||
|
|
| Berdasarkan PP 1/2016 | ||
7. | Elaun dan Kemudahan | : | Kadar bayaran elaun dan kemudahan adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa yang sedang berkuat kuasa | ||
8. | Syarat Lantikan | : | Warganegara Malaysia | ||
|
|
| Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan | ||
|
|
|
Kelayakan masuk :
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
Hendaklah memiliki Kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat tambahan : | ||
|
|
| - mempunyai minimum 10 tahun pengalaman berkaitan; - bebas daripada sebarang tindakan tatatertib/ tiada rekod jenayah; - mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan; - berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu dan Inggeris adalah suatu kelebihan; - berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi; - berkebolehan untuk merancang dan melaksanakan strategi komunikasi; dan - mempunyai kefahaman yang baik berhubung komunikasi digital dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubung peranan media melalui saluran digital dan konvensional. | ||
9. | Fungsi/ Bidang Tugas | : | - bertanggungjawab menguruskan sidang-sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/ Jabatan; - merancang program publisiti untuk mempromosikan dasar, peranan, aktiviti dan khidmat Kementerian kepada semua pelanggan luar dan dalaman; - merancang dan menyelaras penjenamaan Kementerian bagi mengekalkan imej positif; - merancang aktiviti bersama media bagi meningkatkan hubungan baik dengan media massa ke arah penyaluran maklumat mengenai Kementerian bagi mendapat liputan positif dan meluas; - membantu pengendalian acara-acara rasmi Kementerian dari segi publisiti, sambutan dan protokol; - merancang dan menyelaras bahan penerbitan Kementerian secara berkala; - merancang dan menyelaras dokumentasi/ arkib bagi rekod-rekod/ imej/ keratan akhbar/ video yang berkaitan dengan Kementerian; - bertindak sebagai ‘content manager’ bagi portal Kementerian; - menyelaras pengemaskinian maklumat di laman web seperti berita dan peristiwa, aduan serta memantau pengendalian maklumat di laman sosial Kementerian; dan - mengurus perhubungan awam melalui perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program/ aktiviti bagi menjalin hubungan baik dengan pihak awam serta warga dalaman Kementerian, menyelia urusan aduan dan khidmat pelanggan serta lawatan rasmi pelawat ke Kementerian. | ||
CARA MEMOHON
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan seperti di Lampiran A yang disertakan.
(b) Calon bukan penjawat awam yang berminat untuk memohon jawatan tersebut boleh mengemukakan satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini berserta pengalaman perkhidmatan, salinan Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD.
(c) Calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing (covering letter) berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut :
i. senarai tugas/ deskripsi tugas pegawai terkini;
ii. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini berserta pengalaman perkhidmatan;
iii. satu (1) salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD yang disahkan;
iv. satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
v. satu (1) salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan/ kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini); dan
vi. satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun yang terkini (Tahun 2020, 2021 dan 2022 atau Tahun 2019, 2020 dan 2021).
(d) Semua permohonan yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada :
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 15, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(u.p.: Urusan Pengisian Jawatan Ketua Komunikasi Korporat)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 3 Februari 2023 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
TEMU DUGA
Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
KEPUTUSAN
Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Menimbang/ Pihak Berkuasa Melantik berkaitan.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urus setia seperti berikut :
(i) Puan Noorul Akmam binti Sumiran
No. Tel : 03 – 8870 5253
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(ii) Puan Nor Salwati binti Che Harun
No. Tel : 03 – 8870 5213
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(iii) Cik Nurulhuda binti Faridam
No. Tel : 03 – 8870 5241
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat lanjut sila rujuk pautan ini:
Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. / Dr. / Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PEJABAT EDUCATION MALAYSIA LUAR NEGARA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
SYARAT-SYARAT UMUM:
(a) Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
(b) Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
(c) Mempunyai prestasi kerja di tahap 87% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (2019,2020,2021 atau 2020, 2021 dan 2022);
(d) Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dimohon;
(e) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
(f) Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan; dan
(g) Pegawai tidak memangku/telah diperaku Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA)/berada dalam zon pemangkuan.
SYARAT-SYARAT KHUSUS:
(a) Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di Education Malaysia London dan Education Malaysia Indonesia
⮚ pengurusan, polisi dan hala tuju pendidikan tinggi Malaysia;
⮚ promosi Pendidikan Malaysia;
⮚ pengalaman dalam pengurusan hal ehwal pelajar;
⮚ pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, aset dan akaun; dan
⮚ pengurusan psikologi, bimbingan dan kaunseling.
⮚ memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
⮚ memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
(b) Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) di Education Malaysia Beijing, Education Malaysia London, Education Malaysia Los Angeles dan Education Malaysia Mesir
⮚ promosi Pendidikan Malaysia;
⮚ pengalaman dalam pengurusan hal ehwal pelajar;
⮚ pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, aset dan akaun; dan
⮚ pengurusan psikologi, bimbingan dan kaunseling.
KEUTAMAAN DIBERI KEPADA PEMOHON-PEMOHON BERIKUT:
(a) Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.
(b) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain (sila nyatakan dalam borang permohonan).
CARA MEMOHON
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [Pindaan 2020] yang disertakan;
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
▪ senarai tugas pegawai terkini;
▪ satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini berserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
(c) Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
Setiausaha Bahagian
Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 3 Februari 2023 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
TEMU DUGA
Hanya pemohon yang layak dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
KEPUTUSAN
Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Menimbang/ Pihak Berkuasa Melantik berkaitan.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urus setia seperti berikut :
(i) Encik Fabian Anak Phillip
No. Tel : 03 – 8870 5259
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(ii) Encik Mohd Arif bin Yusuf
No. Tel : 03 – 8870 5225
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat lanjut sila rujuk pautan ini:
Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Education Malaysia Luar Negara, Kementerian Pendidikan Tinggi
Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768