Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak kami memohon maklum balas daripada YBhg. Datuk/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster atau pautan yang berikut;

https://www.bitlylinks.com/hJVEulDT9

Segala perhatian dan tindakan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan seluruh warga Perpustakaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Baharin Entoh sempena pelantikan Ketua Perpustakaan Perubatan dan Hospital.

Semoga terus bertekad cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Sekian dan terima kasih.