Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 November 2022 [MOF/BKSK(S)/600-1/7/6 Jld.3 (24)], Perbendaharaan Malaysia bersetuju meluluskan permohonan pengecualian AP 105 supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara Kerajaan bagi bulan November tahun 2022 dilaksanakan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 3/2022 pada 11 November 2022 dan Jawatankuasa Tetap Kewangan UMS (JTK) Bil.16/2022 pada 15 November 2022 telah bersetuju dan meluluskan pembayaran gaji bulan November dibayar pada 17 November 2022 (Khamis) bagi membantu kebajikan serta kewangan kakitangan UMS dalam menunaikan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum (PRU 15) pada 19 November 2022 (Sabtu). 

 

Sekian, terima kasih.

 

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan

Jabatan Bendahari

17 November 2022

 

Announcement From: Postgraduate Student Representative Council, UMS

 

Dear Sir/ Madam,

I am pleased to invite you to the Open Workshop for all UMS academicians, researchers, and postgraduate students entitled “Nurturing High-Quality Thesis to Extract More Journals” organised by the Postgraduate Student Representative Council, Universiti Malaysia Sabah.

Proofreading By A UK Ph.D. (https://proofreadingbyphd.com/) has already helped thousands of academicians, researchers, and students set their strategies confidently, using exclusive insights from an experienced academic consulting journey.

In this workshop, expert Dr. Thavamaran Kanesan, Chief Editor and Founder of Proofreading by A UK Ph.D., journals will walk you through developing a solid strategy and the tools and tactics you’ll need to achieve your writing goals. Not only will you receive insightful views on writing strategies, but you’ll also walk away with an actionable plan for the year ahead.

There will be three sessions for this workshop. You may select any or even all sessions.

1. High-impact Publishing Class for Students and Academicians: An attempt to extract MORE Journals from a Thesis (10.00 am - 12.00 pm) on 28 November 2022.

2. Systematic Literature Review: The Journey to Produce Credible Thesis and High-impact Publication (10.00 am - 12.00 pm) on 29 November 2022.

3. Proposal-to-Scoping Review-Journal: An Early Publication for PhD/Master (02.30 pm - 04.30 pm) on 16 December 2022.

 

Don’t sit this one out! See you there! Please register here >>> http://surl.li/dgtgp

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

PROGRAM SEMPENA PASAR BUKU UMS-DBP 2022

 

Bengkel "Guna Microsoft Word sebagai perisian komputer, bukan sebagai mesin taip".

Fasilitator: Dr Yasmin Ooi Beng Houi, Timbalan Pengarah, Penerbit UMS

Tarikh: 26 November 2022 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat: Smart Classroom, Perpustakaan UMS

 

Antara pengisian bengkel adalah:

⭐ Halaman Kandungan muncul secara automatik.

⭐ Nombor jadual dan rajah dijana secara automatik mengikut nombor bab.

⭐ Tukar diantara nombor Roman dan Arab di halaman.

...dan banyak lagi ciri-ciri untuk memudahkan anda menulis.

 

Klik pautan di bawah untuk pendaftaran

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfRwTdr97JSBC.../viewform

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Penerbit UMS dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah dan Perpustakaan UMS akan menganjurkan Pasar Buku UMS-DBP 2022 pada ketetapan berikut;

 

Tarikh: 22-27 November 2022

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Perpustakaan UMS

 

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk:

⭐ Pameran dan jualan buku

⭐ Bicara buku

⭐ Pelancaran buku

⭐ Kempen derma darah

⭐ Pemeriksaan kesihatan

⭐ Kaunseling dan tips pemakanan sihat

⭐ Gerai minuman dan makanan

 

Semua diundang hadir. Jumpa anda disana.