Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Announcement From: UMS Library
UMS LIBRARY WILL BE TEMPORARILY CLOSED
28th November 2022 (Monday)
Any inquiry, kindly contact us through whatsApp 088-320232 or email at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Visit us at https://ums.edu.my/library
Sorry for any inconvenience caused
#UMSLibrary
Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar
Assalamualaikum dan salam sejahtera
YBrs Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar dengan kerjasama pihak Persatuan IKSnita Sabah akan mengadakan Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Keusahawanan UMS yang akan dirasmikan oleh Y.A.Bhg Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R. M Jasni pada ketetapan berikut;
🗓️ 26 November 2022 (Sabtu)
🕥 8.30 pagi
📍 Dewan Bankuasi, UMS
Sehubungan dengan itu, pihak PKPKP berbesar hati menjemput YBrs Prof./ Dr./ Tuan / Puan/Saudara/Saudari untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut. E-sijil akan diberikan kepada mereka yang hadir.
#pkpkpUMS #UMS #UniversitiMalaysiaSabah #Sabah #KotaKinabalu #usahawansiswa #SiswapreneurUMS
Pengumuman Daripada: Speciality Program on Alcohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS
Membaca jambatan ilmu. Namun kebaikan membaca bukan sahaja terhad untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi terdapat pelbagai kelebihan lain yang sudah terbukti menurut kajian sains. Antaranya, membaca boleh membantu menguatkan minda dengan kajian yang dilakukan mereka apabila mendapati bahawa ketersambungan otak meningkat dengan membaca, terutamanya dalam korteks somatosensori, bahagian otak yang bertindak balas pada sensasi fizikal.
National Institute of Aging (NIH) pula mendapati bahawa dengan membaca, ia akan mengekalkan kesibukan minda apabila usia meningkat dan ini membawa kesan kepada pengekalan dan peningkatan fungsi kognitif otak. Terdapat juga kajian menyatakan bahawa membaca 30 minit dapat menurunkan tekanan darah, degupan jantung, dan perasaan tekanan psikologi, iaitu bersamaan dengan kesan senaman seperti yoga dan jenaka.
Sehubungan dengan itu, tidak dinafikan lagi bahawa kepentingan membaca dalam kehidupan manusia. Namun bagi penghuni PUSPEN Papar, peluang untuk membaca agak terhad buat mereka kerana kekurangan buku atau majalah untuk dibaca. Sedangkan mereka mungkin antara individu yang paling mendapat manfaat daripada sudut peningkatan fungsi kognitif otak jika peluang membaca diberikan kepada mereka.
Justeru, projek ini yang mendapat inspirasi daripada permintaan seorang penghuni yang mahu membaca, ingin mengumpulkan seberapa banyak buku baru mahupun terpakai daripada pelbagai genre untuk diserahkan kepada pihak PUSPEN seterusnya memberikan manfaat kepada penghuninya.
Kami merayu sekiranya terdapat buku-buku terpakai atau lama yang tidak diperlukan lagi, manfaatkannya atau dermakannya kepada kami untuk disalurkan kepada penghuni-penghuni Puspen Papar yang dahagakan ilmu pengetahuan. Barangkali buku anda boleh mengubah nasib mereka.
Terima kasih.
Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Induk Promosi EKSA UMS
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768