Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Sukacita dimaklumkan pihak Hospital UMS (HUMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Kesejahteraan Warga UMS dan Befrienders akan menganjurkan acara "Hari Kesihatan Minda 2022" pada ketetapan berikut:

Tarikh: 7 November 2022 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Galeri Majlis, Bangunan Canselori

Acara ini adalah terbuka kepada semua warga UMS dan orang awam. Aktiviti yang akan dianjurkan termasuklah forum pakar, saringan kesihatan mental dan sesi praktikal teknik menangani stres termasuk art therapy. Booth Befrienders, dietetik dan team rehab juga akan berada di sana. Hadiah menarik disediakan untuk pemenang-pemenang kuiz dan e-sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta! Jumpa anda di sana nanti :)

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/ YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Skim Perlindungan Kesihatan "Maksak Medic Care" (Kad Perubatan) dan Skim Insurans Berkelompok "Maksak Ikhtiari" Berserta Faedah Persaraan anjuran oleh pihak Maksak akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    : 27 Oktober 2022 (Khamis)
Masa                      : 9.30 Pagi
Tempat                  : Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS
Penceramah          : Puan Nurul Izzati Ibrahim

               
3.       Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di atas.

Kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/ YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

✅Pautan Pengesahan Kehadiran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc5tRX1FfIQYK0l0lH5jb5Fh4MN6dh5duRGj5CO6nzNJDdblg/viewform
✅Mata IDP akan diberikan

Sekian, terima kasih.