Pengumuman Daripada: Pentadbir E-mel UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Pelajar UMS,

 

Pada masa ini, akaun UMS di bawah domain pelajar mempunyai storan tanpa had untuk penggunaan Google Drive, Gmail dan Google Photos. Penggunaan semasa keseluruhan Warga UMS sekarang adalah 232.57 TB. 

 

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Google telah mengumumkan plan storan baharu iaitu hanya 100 TB pool storage di mana ianya akan dikongsi seluruh warga UMS di bawah lesen Google Workspace for Fundamentals (dahulunya dikenali sebagai G Suite for Education) berkuatkuasa pada 1 Dis 2022. 

 

Sebagai persediaan, semua pelajar UMS perlu melakukan semakan / audit kendiri penggunaan storan khususnya aplikasi Google Drive

 

Pelajar UMS perlu memindahkan fail-fail yang jarang diakses kepada storan lokal (komputer) atau memadamkan sebarang fail yang tidak diperlukan di dalam aplikasi Drive, Gmail dan Photos. 

 

Pelajar juga boleh memindahkan fail yang bersaiz besar yang masih diperlukan ke OneDrive Microsoft 365 di mana kapasiti yang dibenarkan adalah sehingga 1 TB. 

 

Pihak pentadbir emel UMS akan menghadkan kuota storan sebanyak 5 GB untuk setiap pelajar UMS dan akan sentiasa memantau penggunaan storan warga UMS selepas ini.

 

Masalah-masalah berikut akan berlaku jika pengguna menggunakan storan melebihi 5 GB : 

 

  1. Pengguna tidak boleh menghantar atau menerima emel berlampiran. Emel yang dihantar kepada anda dikembalikan kepada pengirim.

 

  1. Pengguna tidak boleh sync atau memuat naik fail baru. 

 

  1. Pengguna tidak boleh mewujud, mengemaskini dan menyalin fail  di dalam Google Docs, Sheets, Slides, Drawings, Forms, dan Jamboard .

 

  1. Pengguna tidak boleh memuat naik gambar atau video di mana-mana aplikasi Google. 

 

  1. Sync akan terhenti antara Folder Google Drive komputer pengguna dan My Drive.

 

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pengemaskinian kendiri storan google UMS:

 

  1. Untuk menyemak jumlah storan yang digunakan, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/settings/storage

 

  1. Untuk menyemak dan memadamkan fail besar atau tidak diperlukan seperti video dalam Drive, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/quota.  

Right click fail yang hendak dipadamkan dan pilih remove & Empty trash.

 

  1. Untuk menyemak dan memadamkan fail yang besar atau tidak diperlukan dalam Shared Drive, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/shared-drives.

 

  1. Untuk mencari dan memadamkan e-mel yang tidak diperlukan atau besar , klik pada pautan berikut :  https://support.google.com/mail/answer/6374270#zippy=%2Cgmail dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan pada Gmail. 

 

Langkah-langkah ini perlu dilakukan segera sebelum 15 Nov 2022. Bermula 1 Dis 2022, kami akan melaksanakan had storan pada semua warga UMS. 

Manual Pengguna (pdf.)

Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

 

Terima kasih

 

Pentadbir Emel UMS

 

Hubungi JTMK Helpdesk di :  

Direct Line : 088-329 000
Whatsapp : 088-329 000
Telegram :  @kukuro_bot

 

Announcement From: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

2nd Circular Call for Paper: Seminar on Innovative Learning and Teaching (SILT 2022)

Date: 5-6 December 2022

Venue: Universiti Malaysia Sabah & Hybrid mode

Theme: Academic Excellence Through Innovation Learning and Teaching

 

We welcome conceptual, empirical papers or case studies that fall within, but not limited to the following sub-themes:

🔘 Innovation in Learning Assessment

🔘 Transformation of Learning Environment

🔘 Developing Innovative Learners

🔘 Innovation in Quality Management in Education

🔘 High Impact Instructions

🔘 Innovative Curriculum Design

 

All papers will be reviewed and published in the seminar e-proceeding (with ISBN). Selected papers (subject to review process) will be published as chapters in a book.

 

Important Dates

🔺 Abstract Submission: 30 September 2022 30 October 2022

🔺 Full Paper Submission: 30 October 2022 30 November 2022

🔺 Payment Deadline: 30 October 2022

🔺 Registration Deadline:15 November 2022

 

Languages

▫️English

▫️Malay