Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS

 

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan kepada semua kakitangan UMS bahawa:

📍 Kakitangan yang telah melengkapkan dos penggalak dikehendaki mengemaskini maklumat vaksinasi dalam HROnline Versi 4.0 (menu Maklumat Peribadi - Program Vaksinasi);

📍 Semua kakitangan UMS yang menerima dos lengkap SINOVAC perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022;

📍 Sila dapatkan temujanji atau walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UMS (Dewan Kuliah Pusat 24) dengan menghubungi talian (atau Whatsapp) 088-329 201, 9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat);

📍 Pemberian dos penggalak amat disyorkan bagi mengembalikan perlindungan terhadap COVID-19 ke tahap optimum.

 

Dipohon bantuan dan  kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan untuk hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

🌶️📲 088-329 068

 

Pengumuman Daripada: Akademik Seni dan Teknologi Kreatif, UMS

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Berikut disampaikan Notis Pemakluman Penutupan Sementara Pejabat Pentadbiran ASTiF bermula 14 Februari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Sekian, segala kesulitan amatlah dikesali.