Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS
Menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam. Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”
Sebagai Contoh:
PCB [Patut dipotong] RM100
Zakat Bulanan – RM70
PCB [Kena Potong] = RM30
Pusat Islam UMS menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
Jom mula potong...
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare