Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

🎉 PERADUAN DILANJUTKAN🎉
 
Sukacitanya Pusat Islam UMS akan mengadakan cabutan bertuah bagi memberi penghargaan kepada pembayar semua jenis zakat harta melalui kaunter Pusat Islam UMS bermula daripada bulan FEBRUARI 2023 sehingga 31 DISEMBER 2023.
 
Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi pelbagai hadiah menarik berupa peralatan elektrik dengan nilai hadiah berjumlah RM5,000.00
 
#JomBerzakatBersamaPusatIslamUMS
 
📍 Tempoh cabutan adalah sehingga 31 Disember 2023 (Ahad)
 
Kaunter Zakat Pusat Islam:-
Hari: Setiap hari Isnin – Jumaat
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS/Secara Dalam Talian
 
Sebarang Persoalan, Sila hubungi:
Puan Noorisah (013-2855378)
Puan Kartini (019-8042698)
 
#zakatmembawaberkat
#piums
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

Assalamualaikum WBT
 
🕌 PENCARIAN SUKARELAWAN MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 🕌
 
📍 DILANJUTKAN📍
 
Untuk makluman semua, sukacitanya Pusat Islam UMS membuka peluang kepada mahasiswa/i UMS yang berminat untuk menyertai sukarelawan Masjid UMS. Sukarelawan ini akan membantu gerak kerja kebajikan dan sukarelawan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam UMS dan Masjid UMS.
 
Jenis-jenis Sukarelawan
📍Dapur Rahmah
📍Kelas Mengaji Al-Quran
📍Perunding Zakat
📍Sahabat Muslimah
📍Fasilitator P. I. S. H.
 
Syarat Permohonan
📌Terbuka kepada semua mahasiswa/i UMS (termasuk pelajar non-muslim)
📌Komited dan sanggup bertugas mengikut waktu yang ditetapkan
📌Semangat kesukarelawanan yang tinggi
 
Permohonan dilanjutkan dari 20 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023
 
Sebarang Persoalan, Sila Hubungi:-
1. Encik Hilmi (014-3919821)
2. Puan Fazelah (016-8655694)
3. Puan Noorisah (013-2855378)

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori
 
 
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KESEDARAN MENGENAI PENYAKIT ARTHRITIS DI KALANGAN WARGA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA ATAS TALIAN (WEBEX)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Canselori mengadakan Program Kesedaran mengenai Penyakit Arthritis di kalangan Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar kakitangan faham dan menyedari akan kewujudan penyakit ini.
 
3.   Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan seliaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program ini seperti dalam ketetapan berikut:
 
Tarikh   
:21 Disember 2023 (Khamis)
Masa   
: 9.30 pagi – 11.30 pagi
Pautan Link (Webex)
https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma0406aa7bc1f85cc90ee63e7644e9447
Penceramah 
: Prof. Madya Dr. Malehah Mohd Noh, Timbalan Pengarah (Klinikal) HUMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2023 bermula 1 Disember 2023 .
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2023 untuk rujukan bersama.
 
Sekian, harap maklum.
 
Pegawai dihubungi:
 
Pn. Carrie Grace Jaymess (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Akademik - Pn. Sabiah Bansai (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pentadbiran - Pn. Linda Shirley Michael (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.