Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Persediaan Hadir Ke Pejabat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Dilampirkan Pemakluman mengenai *Persediaan Hadir Ke Pejabat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)* pada 13-15 Mei ini.

Untuk makluman semua, pihak JFPIB diminta untuk membuat pembersihan dan disinfeksi pejabat mulai 13-15 Mei 2020, sebelum penggiliran bertugas ke pejabat/ WFH dilaksanakan pada 18 Mei nanti.

Mohon pemakluman ini dibaca dengan teliti dan diterangkan kepada semua kakitangan JFPIB.  Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai kehadiran boleh rujuk saya, dan untuk proses disinfeksi boleh rujuk kpd En Ari Nazrul (JPP). 

Bagi arahan bertugas ke pejabat mulai 18 Mei 2020 – pihak Jabatan Pendaftar akan mengeluarkan Garis Panduan Bekerja Norma  Baharu dalam masa terdekat ini. Sementara itu, mohon tuan/ puan dapat mematuhi SOP sedia ada. 

Terima kasih.

Pemakluman Persediaan Bertugas Ke Pejabat Dalam Tempoh PKPB (.pdf)

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Perkhidmatan SMS Tanya Pakar Perubatan, UMS

Selamat pagi dan salam sejathera Warga UMS. Sukacitanya dimaklumkan pihak HUMS telah menyediakan perkhidmatan Tanya Pakar Perubatan UMS melalui Pesan Ringkas (SMS) seperti dibawah.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh dimajukan melalui e-mel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian dan harap maklum.