Pengumuman Daripada : Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI)
Subjek: Hebahan Infografik Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 2.0 Tahun 2020
Pegawai Yang Boleh Dihubungi: Seksyen Pengurusan Inovasi 100572/100012/613811/101861

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 2.0 pada bulan Jun 2020 secara atas talian melalui sistem MyGRANTS. Skim geran PRGS 2.0 Tahun 2020 ini bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan yang dipacu permintaan (demand driven) ke arah memenuhi keperluan industri dan masyarakat dengan merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersialan dan memberikan impak kepada ‘quintuple helix’. Sehubungan itu, pihak kami memohon agar YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat menyampaikan perkara ini kepada semua kakitangan akademik di bawah seliaan YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk tindakan selanjutnya.

3.       Bersama-sama ini disertakan infografik berkaitan PRGS 2.0 Tahun 2020 seperti di Lampiran sebagai rujukan selanjutnya.

Sekian dan terima kasih.

Lampiran - Infografik PRGS 2.0 Tahun 2020

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari 
Subjek: Pengekalan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja KWSP Pada 11% Bermula Mei 2020

Selamat pagi dan salam sejahtera Warga UMS,

Seperti yang semua sedia maklum, kakitangan yang hendak mengekalkan kadar caruman berkanun syer pekerja pada 11% hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan untuk dimajukan kepada pihak KWSP.

Sehubungan itu, kakitangan yang ingin mengekalkan kadar caruman pada 11% bermula bulan penggajian MEI 2020 hendaklah melengkapkan Google Form selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 8 Mei 2020 seperti di pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe5z-Yzak6QuNmeJpkqfs0Ac96ZBtserM4qS4EfO4vylWFgEA/viewform

Bagi kakitangan yang telah mengisi Google Form bagi bulan Penggajian April 2020, anda tidak perlu mengisi semula Google Form ini.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh dimajukan melalui e-mel ke alamat : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian dan harap maklum.