Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek: Pelawaan Menganjurkan Kursus Atau Latihan Secara Atas Talian (Online)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Sepanjang tempoh kuatkuasa PKP, kursus dan latihan dalaman akan dilaksanakan secara atas talian (Online)

Sehubungan dengan itu, Unit Latihan & Pembangunan Staf (Akademik dan Pentadbiran) dengan berbesar hati mempelawa JFPIB YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk melaksanakan kursus atau latihan secara atas talian (Online). Sekiranya berminat, pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dikehendaki untuk melengkapkan maklumat di borang yang dilampirkan bagi tujuan rekod dan penyelarasan aktiviti kursus atau latihan. Setiap kursus yang dianjurkan melalui unit ini layak diberi bayaran ceramah mengikut kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 dan peserta akan diberi mata IDP sewajarnya tertakluk kelulusan Ketua Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia UMS.

Bagi tujuan tersebut, pihak urus setia akan membantu dari segi jemputan peserta, pemakluman kursus/latihan serta kaedah (Platform) atas talian (Online) yang bersesuaian sekiranya diperlukan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut:

BIL.

NAMA

NO.TELEFON/FAKS/ e-mel

1.

EN. MOHD AIDDY SUFFIAN ABD RASHI

Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia

samb.102887/ HP: 013-5810910

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2.

PN. ERNA JEFREN

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Sumber Manusia

samb. 101436 / HP: 010-9371369

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3.

EN. SUFIYAN ALI HUSSIN

Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia

samb. 102904/ HP: 014-6746631

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Kelas Mengaji Atas Talian (MATAN) Sepanjang PKP

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan Kelas Mengaji Atas Talian (MATAN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Free Access Online Resources Berhubung COVID 19 Daripada Pangkalan Data Dan Institusi

Berikut adalah pautan kepada akses percuma maklumat mengenai Novel Coronavirus untuk rujukan bersama.

URL : https://www.ums.edu.my/library/covid19

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan stay at home. Bersama kita putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

http://ums.edu.my/library

atau ezproxy.ums.edu.my/login