Daripada                 :   PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

Perkara                   :   JEMPUTAN TAKLIMAT DAN KLINIK PERMOHONAN SKIM DANA PENYELIDIKAN PROTOTAIP (PROTOTYPE RESEARCH GRANT SCHEME), KPM FASA 2/2019

Pegawai dihubungi   :   SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PPPI;

  • Nama Pegawai : Pn. Rozaidah Amir Hussein
  • No. Samb.             : 613806
  • E-mel                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

ATURCARA:

 

Tarikh  : 23 Julai 2019 (Selasa)

Tempat      : Bilik Seminar 1, Pusat Islam UMS                                                      

Penceramah     : PROFESSOR IR. DR. ABDUL LATIF AHMAD, Pengarah, Nexus Engineering, Universiti Sains Malaysia (USM)

8.30 am

 

9.00 am

 

 

 

 

 

 

 

10.30 am

 

10.45 am

 

 

1.00 pm

 

 

·       Ketibaan/ Pendaftaran Peserta

 

·       Alu-aluan/ Ucapan Pembukaan

 

·       Taklimat  Permohonan Skim Dana Penyelidikan Prototaip (Prototype Research Grant Scheme), KPM Fasa 2/2019

1.    Kriteria permohonan dan penilaian PRGS

2.    Penyediaan kertas cadangan yang mantap

3.    Ciri-ciri permohonan yang berjaya

 

·       Jamuan pagi

 

·       Sesi Klinik Penambahbaikan Permohonan PRGS Fasa 1/2019

    12 permohonan PRGS

 

·       Rehat tengah hari/ program di jangka tamat

 

PENGUMUMAN DARIPADA :    JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEGAWAI DIHUBUNGI :     ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) CIK NUR AMIR AZLIN BT AMIR (013-818 6261) PUAN NURUL IZZA BINTI MD NORDIN (013-850 0362) CIK SHAMSIAH BINTI MAHMUD (016-835 4039) ENCIK EFFANDY MOHD HATTA (013-275 5967)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Luar EKSA untuk UMS-KAL dan UMS FPL akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :

  • Tarikh : 5-9 Ogos 2019
  • Juruaudit UMS Induk : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  • Juruaudit UMS KAL dan UMS FPL : Jabatan Kastam

3. Untuk makluman, Audit Luar EKSA ini adalah sebagai pemantauan pematuhan kepada garis panduan EKSA UMS dan juga sebagai persediaan ke arah Pensijilan Semula EKSA UMS.

4. Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Zon di UMS-KAL dan UMS PFL agar dapat memastikan persediaan kepada audit luar ini adalah mengikut Garis Panduan EKSA UMS yang telah diedarkan.

Sekian, terima kasih

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR

SUBJEK: HEBAHAN IKLAN JAWATAN SAMBILAN PENSYARAH/JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM SESI 2019/2020

 

IKLAN JAWATAN SAMBILAN

PENSYARAH/JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN

KURSUS KOKURIKULUM

SESI 2019/2020

 

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut (rujuk jadual mengikut komponen):

  • Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan
  • Komponen Kebudayaan dan Kesenian
  • Komponen Sukan dan Rekreasi
  • Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi
  • Komponen Wajadiri

 

Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):

  • BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
  • LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
  • SDK: Kampus Sandakan

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP), sila layari laman sesawang http://www.ums.edu.my/pkppv2/