PENGUMUMAN DARIPADA: INSTITUT PENYELIDIK BIOTEKNOLOGI

SUBJEK: BORANG PERMOHONAN PERKHIDMATAN MAKMAL INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI

YBhg Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa borang-borang permohonan perkhidmatan makmal terkini boleh diperolehi melalui laman sesawang Institut Penyelidikan Bioteknologi seperti berikut:

https://www.ums.edu.my/ipbv2/en/others/downloads/application-form/258-lab-application-form Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • En Haslan Roslie
  • Pegawai Penyelidik (Institut Penyelidikan Bioteknologi)
  • Tel (Samb.): 8421
  • H/P: 0196157361
  • e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

SUBJEK: BENGKEL GOOD CLINICAL PRACTICE KE-23 UKM

YBhg. Prof. / Dato' Sri / Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Sekretariat Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Perubatan UKM akan menganjurkan Bengkel Good Clinical Practice ke-23. Program ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program yang akan diadakan adalah seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 – 21 Ogos 2019 (Isnin – Rabu)

Tempat  :  Bengkel - Dewan Kuliah 1, Tingkat G, Blok Pendidikan, Fakulti Perubatan,  Pusat Perubatan UKM, Cheras

Peperiksaan - Dewan Peperiksaan, Tingkat 4, Blok Pendidikan, Fakulti  Perubatan, Pusat Perubatan UKM, Cheras

Yuran : 

  • RM350.00 peserta PPUKM 
  • RM500.00 peserta UKM (luar PPUKM) 
  • RM700.00 peserta Luar UKM

Mohon kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Prof. / Dato' Sri / Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan untuk memanjangkan/menghebahkan jemputan ini kepada kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik dan pelajar-pelajar siswazah di jabatan/fakulti. Sebarang pertanyaan dan permasalahan sila berhubung dengan Pn. Siti Noorain/Cik Ruzanna di talian 03 – 9145 9498/5003 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan pertimbangan pihak YBhg. Prof. / Dato' Sri / Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan bagi menjayakan program ini. Kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Prof. / Dato' Sri / Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.