PENGUMUMAN DARIPADA    :     PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

SUBJEK    :     JEMPUTAN MENYERTAI IPOH INTERNATIONAL SUMMIT ON PROFESSIONALISM, RESEARCH AND EDUCATION 2019 (INSPIREd)

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,                                                                                   

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa, UiTM Cawangan Perak akan mengadakan Ipoh International Summit on Professionalism, Research and Education 2019 (INSPIREd) pada 17-19 September 2019. Program ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan professional para penyelidik, akademik serta masyarakat dalam perkongsian pengetahuan.

Sehubungan itu, pihak penganjur mempelawa pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat bagi menyertai Seminar, Persidangan, Inovasi dan Bengkel sepanjang penganjuran INSPIREd 2019 ini. Bersama ini dilampirkan maklumat program daripada pihak penganjur untuk rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Turut dimaklumkan, segala perbelanjaan bagi menyertai program tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur seperti berikut:

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

SUBJEK: HEBAHAN PENGANJURAN “2nd BORNEO QUALITY OF LIFE CONFERENCE”2019

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan “2ndBQOL 2019” seperti butiran berikut:-

Tarikh           : 28-30 Ogos 2019 (Rabu-Jumaat)

Tempat          : Auditorium Utama,Blok B,  Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah

Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang

  1. Sehubungan  itu, bagi pihak penganjur, kami menjemput kepada semua kakitangan di bawah pimpinan Y.Bhg. Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik yang berminat untuk menghadiri persidangan ini.
  2. Bersama-sama ini, kami lampirkan brosur persidangan dan tentatif sebagai hebahan dan pendaftaran. Bagi mendapatkan maklumat lanjut Y.Bhg. Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik juga boleh menghubungi urusetia persidangan  ini iaitu Puan Starrine Adimas (013-5448823) dan Puan Lidiawati Arifin (016-8320204).
  3. Penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Y.Bhg.Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik amat kami hargai.

Sekian, terima kasih