Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)

 

Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan bersama Gugusan Bahasa Inggeris, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Malam Bahasa Antarabangsa dan Tempatan PPIB 2024 sempena sambutan 30 tahun UMS seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 15 November 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 6:00 petang
📌 Tempat: Dewan Resital, ASTiF UMS
👕 Tema pakaian: Busana tradisional
⭐️ Masuk Percuma ⭐️
 
📣Semua staf dan pelajar UMS dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
🎉 Saksikan persembahan hebat oleh pelajar tempatan dan antarabangsa yang akan menampilkan bakat mereka dalam bahasa yang dipelajari.
 
Program ini turut menampilkan:
🎪 Reruai Pameran
🎶 Muzik Orkestra
👗 Peragaan Busana Tradisi
🍽️ Kendera Saji (Food Truck)
🎁 Cabutan Bertuah dan Reruai Tercantik
 
✅ Mata IDP/SDP akan diberikan kepada yang layak.
🙌 Jangan lupa janji temu kita! 🥰
 
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Penganjur MBAT2024 ❤️

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada para inovator dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah menyertai Pertandingan Innozilla pada 6 hingga 7 November 2024 di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Keputusan keseluruhan:
  • 2 Anugerah Khas
  • 6 Pingat Emas
  • 3 Pingat Perak
  • 3 Pingat Gangsa
Semoga pencapaian ini terus memberi inspirasi kepada semua pihak untuk terus berinovasi dan terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar

 

Hebahan Iklan Pengisian Jawatan Di Universiti Malaysia Sabah (UMS); Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UMS & Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMS.

 

Iklan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UMS 
Iklan Jawatan  Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMS
Leadership Curriculum Vitae

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) mempelawa YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk mengisi borang permohonan / pencalonan Anugerah Khas Tun Canselor Sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2024.
 
Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan / permohonan yang turut mengandungi kriteria pemilihan. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.SEBELUM atau PADA14 NOVEMBER 2024.
 
Untuk sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.