Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

Salam hormat kepada seluruh warga UMS.
 
Makluman penutupan jalan di Masjid UMS berkuat kuasa bermula seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh : 06hb November 2024 (Rabu)
Kawasan ditutup:
Laluan Foyer Masjid UMS dan laluan bahagian belakang.
 
Laluan alternatif masuk dan keluar :
1. Laluan Pusat Islam.
2. Pusingan- U ke parkir utama Masjid UMS.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

 

Selamat bertanding kepada semua inovator Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai pertandingan Innozilla tahun 2024 pada 6 dan 7 November 2024 di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia.

 
▪ Prof. Madya Dr. Jurry Foo
▪ Prof. Madya Ts. Dr. Rovina Kobun
▪ Leftenan Dr. PSSTLDM Affendy Bin Hassan
▪ Ts. Dr. Farm Yan Yan
▪ Dr. Esther Jawing
▪ Dr. Jinky Jane Simeon
▪ Dr. Hon Kai Yee
▪ Dr. Oscar Gordon Wong
▪ Dr. Mohamed Arif Bin Hameed Sultan
 
Semoga berjaya mengharumkan nama UMS dalam arena inovasi dan rekacipta!

 

Announcement From: Centre for Economic Development and Policy, Faculty of Business, Economics and Accountancy

 

Dear Researchers,
 
We are delighted to announce the Call for Papers for the Malaysian Economic Review, a peer-reviewed journal dedicated to advancing the field of economics. We invite you to contribute your valuable research and insights to our upcoming issue.
 
Key details for submission
Submission deadline: NOVEMBER 2024
Submission fee: None
 
Journal Overview
Malaysian Economic Review (MER) is an academic journal that is affiliated with the Centre for Economic Development and Policy (CEDP), Universiti Malaysia Sabah. MER offers a platform for academics, graduate students, researchers, and government agencies to disseminate economic research findings, which could provide valuable input for policy recommendations. Additionally, MER is dedicated to publishing scholarly articles that are easily accessible to a broader readership to promote the advancement of knowledge and inspire further exploration in the field of economics.
 
Submission Process
Authors are kindly requested to submit their original research papers through email at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. All submissions will be subjected to a thorough peer review by field experts.
 
Publication Benefits
Authors whose papers are accepted and published in MER will benefit from:
  • A wide readership and exposure to leading economists, researchers, and policymakers.
  • Contributing to the advancement of economic knowledge and scholarship.
  • Opportunities to showcase their expertise in the global economic community.
Submit your best work to MER and join us in shaping the future of economic thought and policy-making.
 
For any inquiries or further information, visit our website at https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MER or contact us at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Regards,
 
Editor-in-Chief, 
Malaysian Economic Review
Centre for Economic Development and Policy,
Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan Tropika sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasabaik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS : 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Perhutanan Tropika, UMS 
 
 
Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.18/2024 Kali ke-376 pada 8 Oktober 2024 (Selasa) telah bersetuju meluluskan cadangan penstrukturan dan penjenamaan semula Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) ke Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC). Sehubungan itu, sebarang urusan dengan PKPKP hendaklah menggunakan nama baharu seperti yang dinyatakan di atas.
 
3.       Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh hubungi Encik Abdul Haidy bin Abdul Hamid melalui talian +60 11-2526 7577 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.