Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 4/2018
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easyaccess/borang-borang
 
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 31 Oktober 2018 (Rabu).
 
Sekian, terima kasih
 
 
 
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Subjek: Penutupan Sementara Sistem SAGABEN
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke Sistem Sagaben akan di tutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemindahan fizikal pelayan Sagaben di Pusat Data JTMK. Kerja-kerja pemindahan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh : 08 Oktober 2018 (Isnin)
Masa   : 8.00 malam – 11.00 malam
Lokasi : Pusat Data, JTMK
 
Segala kesulitan amat kami kesali.
 
Peringatan daripada JTMK:
1. Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2. Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.