Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Iklan Dalaman Kenaikan Pangkat (AKADEMIK)
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya mempelawa kakitangan akademik yang berkelayakan, dinamik, kreatif dan inovatif untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat seperti berikut:
                            
  1. PROFESOR MADYA PERUBATAN (GRED DU54/56)
  2. PENSYARAH KANAN (GRED DS52)
  3. GURU BAHASA (GRED DG44/48)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KELAYAKAN UMUM KENAIKAN PANGKAT 
  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu memperolehi purata sekurang-kurangnya 80% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (tidak termasuk tempoh cuti belajar);
  3. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
  4. Berjawatan tetap;
  5. Bebas dari tindakan tatatertib.
 
SYARAT KHUSUS BAGI SETIAP JAWATAN
 
A)        PROFESOR MADYA PERUBATAN GRED DU54/56
 
  1. Memenuhi syarat kelayakan UMUM kenaikan pangkat;
  2. Syarat khusus:
 
BIL
JAWATAN / GRED
SYARAT KHUSUS
1.
Profesor Madya Perubatan Gred (DU54)
  1. Telah berkhidmat lebih daripada 9 tahun termasuk cuti belajar dan telah diperakukan sebagai Pakar Perubatan.
  2. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh pihak pengurusan universiti;
2.
Profesor Madya Perubatan Gred (DU56)
  1. Telah berkhidmat selama 5 tahun di Gred DU54.
 
B)        PENSYARAH KANAN GRED DS/DU52
 
(i)         Memenuhi syarat kelayakan UMUM kenaikan pangkat;
(ii)        Memenuhi salah satu kategori yang dinyatakan di bawah;
(iii)       Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
 
KATEGORI
KRITERIA CALON
SYARAT KENAIKAN PANGKAT
1
Mempunyai kelulusan PhD
Calon akan dipertimbangkan terus tertakluk memenuhi syarat umum kenaikan pangkat dan tidak mempunyai masalah etika akademik (rujuk Kod Etika Ahli Akademik UMS yang diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-58 pada 16 Januari 2014).
2
Pernah mengikuti pengajian di peringkat PhD tetapi gagal/tidak selesai atas sebab-sebab yang boleh diterima
 
ATAU
 
Sedang mengikuti pengajian dalam peringkat PhD
Minimum tempoh perkhidmatan yang diambilkira ialah *5 tahun
 
DAN
 
menunjukkan prestasi akademik yang  cemerlang dalam kriteria-kriteria berikut;
 
  1. Pengajaran dan penyeliaan;
  2. Penyelidikan dan penerbitan;
  3. Persidangan; dan
  4. Khidmat kepada universiti/masyarakat.
 
DAN
 
Tidak mempunyai masalah etika akademik
 
ATAU
 
Mempunyai kelayakan profesional
3
Belum mempunyai PhD/tidak pernah mengikuti pengajian PhD
Pertimbangan untuk kenaikan pangkat bagi kes-kes khas adalah atas budi bicara Naib Canselor.
Catatan:
 
*Tafsiran bagi tempoh perkhidmatan minimum lima (5) tahun yang diambilkira ialah:
 
  1. Tempoh perkhidmatan selepas pegawai disahkan dalam jawatan sebagai DS45;
  2. TIDAK termasuk tempoh perkhidmatan sebagai Tutor, tempoh Cuti Belajar dan Cuti Tanpa Gaji.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
C)        JAWATAN GURU BAHASA GRED DG44/48
 
  1. Memenuhi syarat kelayakan UMUM kenaikan pangkat;
  2. Syarat khusus:
 
KE GRED
DENGAN KELAYAKAN IJAZAH PERTAMA
DENGAN KELAYAKAN SARJANA
KRITERIA TAMBAHAN
DG41
KE
DG44
5 tahun
 
Lantikan terus ke Gred DG44 dan perlu lulus temuduga
 
  • Aktif menyumbang kepada semua aktiviti Universiti; dan
  • Lulus temuduga
DG44
KE
DG48
5 tahun perkhidmatan
di Gred DG44
 
  • Aktif menyumbang kepada semua aktiviti Universiti;
  • Pernah mengikuti / menghadiri persidangan, membentang di peringkat Universiti atau kebangsaan; dan
  • Lulus temuduga.
 
Catatan:
  • Tempoh perkhidmatan yang diambilkira untuk tujuan kenaikan pangkat ialah tempoh selepas kakitangan DILANTIK TETAP sebagai Guru Bahasa DG41.
  • Perkembangan Kerjaya Kakitangan: Kakitangan digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dan boleh dipertimbangkan ke jawatan Pensyarah setelah mempunyai PhD. Walaubagaimanapun, pertimbangan ini tertakluk kepada waran perjawatan dan keputusan Jawatankuasa Pemilih.
 
MAKLUMAT TAMBAHAN:
 
  1. Maklumat terperinci berhubung kriteria-kriteria kenaikan pangkat hendaklah dirujuk pada Garis Panduan Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah (Edisi Kedua) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil.7/2013 (Kali Ke-162) dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-55 serta Pindaan Syarat Khusus Skim Pensyarah Perubatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil.5/2018 (Kali Ke-224)
  2. Permohonan melalui talian https://hronline.ums.edu.my (Permohonan Kenaikan Pangkat) boleh dibuat bermula pada 04 Oktober 2018 (Khamis). Sila gunakan ID pengguna dan kata laluan HR-Online untuk daftar masuk sistem ini. Mohon perhatian kepada semua kakitangan akademik yang ingin memohon agar menyemak dan mengemaskini data di dalam CV-Online sebelum menghantar permohonan untuk mengelakkan sebarang ketidaktepatan pada data.
  3. Sila sertakan sesalinan surat pengesahan tamat pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) (bagi calon Pensyarah Kanan) dan Surat Pengesahan tamat pengajian Sarjana (bagi calon Guru Bahasa).
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan urusetia kenaikan pangkat seperti berikut:
 
  1. Urus Setia
Encik Razmi Awang Osman
Penolong Pendaftar
Nombor Sambungan: 1106
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                                       
 
  1. Urus Setia
Puan Nurhanisah Binti Sinin
Pembantu Tadbir (P/O)
Nombor Sambungan: 1507
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
  1. Sistem CV Online:
Encik Mohd Azwan Bin Alleh
Pegawai Teknologi Maklumat
Nombor Sambungan: 1720
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
  1. Sistem SMPPI:
Puan Rozaidah Binti Mohd Yusop
Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Nombor Sambungan: 613011
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 November 2018 (Jumaat)
 
“BERTEKAD CEMERLANG”
 
 
 
 
 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Penutupan Perpustakaan Pada 6 Okt 2018
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
06 Oktober 2018 – Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabtu)
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
http://library.ums.edu.my atau ezproxy.ums.edu.my/login