PENGUMUMAN DARIPADA
: UNIT PENGURUSAN BAKAT , SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  i)  TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
  ii) TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
i)  TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
ii) TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan:
            i)          Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
            ii)         Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
di Universiti tersebut dengan mengemukakan bersama Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen sokongan lain yang berkaitan.
 
3. Bersama ini dilampirkan maklumat lanjut (Lampiran) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2016 (Khamis).
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: UNIT PENGURUSAN BAKAT , SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti tersebut dengan mengemukakan borang permohonan beserta gambar berukuran pasport dan Curriculum Vitae (CV) beserta dokumen kelayakan akademik atau sebarang dokumen sokongan lain yang berkaitan (sekiranya ada).
 
3. Bersama ini dilampirkan maklumat lanjut (Lampiran) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2016 (Khamis).
 
Sekian.
 

 

 

PENGUMUMAN DARIPADA
: UNIT PENGURUSAN BAKAT , SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di Universiti tersebut dengan mengemukakan surat permohonan beserta gambar berukuran pasport dan Curriculum Vitae (CV) beserta dokumen kelayakan akademik atau sebarang dokumen sokongan lain yang berkaitan (sekiranya ada).
 
3. Bersama ini dilampirkan maklumat lanjut (Lampiran) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2016 (Khamis).
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) PERINGKAT UMS
 
Pegawai dihubungi: Urusetia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065  Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
PERINGATAN MESRA:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) PERINGKAT UMS:-
 
  1. SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2016
  2. SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (TRGS) FASA 1/2016
  3. SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2016
 
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, tawaran permohonan geran penyelidikan FRGS, TRGS dan PRGS Fasa 1/2016 sedang dibuka secara atas talian melalui system MyGRANTS dan akan berakhir pada 13 Mac 2016 (Ahad ) ini.
 
Sehubungan itu, semua kakitangan akademik yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal MyGRANTS; http://mygrants.gov.my. YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting permohonan di atas;
 
Tarikh
Perkara
Catatan
Tindakan
29 Januari 2016 – 13 Mac 2016
Permohonan secara online  melalui sistem MyGrants.
Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59; 13 Mac 2016; Ahad).
Pemohon
14 Mac 2016 – 20 Mac 2016
Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh Urusetia Penyelidikan (PPI).
Penetapan Panel akan ditentukan berdasarkan Bidang Penyelidikan.
Urusetia, PPI
21 Mac 2016 – 22 April 2016
-Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS.
-Penambahbaikan kertas cadangan secara online.
Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (22 April 2016; Jumaat).
PPI, Panel Penilai, dan Pemohon
23 April 2016 – 28 April 2016
-Perakuan dan kelulusan peringkat PPI.
-Penghantaran secara online melalui sistem MyGrants.
 
Urusetia, PPI
 
Dilampirkan bersama ini Carta Alir Proses permohonan FRGS, TRGS dan PRGS Fasa 1/2016 untuk makluman dan rujukan lanjut pihak YBrs. Prof. Dato’/Prof./Dr. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia penyelidikan Pn. Mary Kinsui (samb: 4146), atau Pn. Norni Lagung (samb: 1034)
 
Sekian. terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.