PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SUBJEK
: JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MELALUI SAFETY PASSPORT SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan Tuan/ Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI  SEMINAR PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MELALUI SAFETY PASSPORT SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dan Jabatan Canselori akan mengadakan Seminar Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Melalui Safety Passport Sempena Sambutan Hari OSH Sedunia Peringkat Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh            :  26 April 2016 (Selasa)
Masa              :  8:00 pagi – 11.30 tengah hari
Tempat          :  Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
 
3. Sehubungan itu, YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput menghadiri seminar tersebut. Bersama ini dilampirkan tentatif program untuk rujukan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.                                        
 
Sekian,
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
: TAWARAN GERAN KOLABORASI PENYELIDIKAN DENGAN INSTITUSI LUAR
 
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN GERAN KOLABORASI PENYELIDIKAN DENGAN INSTITUSI LUAR
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) menawarkan Geran Kolaborasi Penyelidikan dengan Institusi Luar yang mula dibuka pada 14 April – 6 Mei 2016 (Sebelum jam 5.00 petang).
 
Sebagai makluman, Geran ini diwujudkan bagi mencapai empat (4) objektif iaitu
I
meningkatkan jumlah dan kualiti penyelidikan;
II
meningkatkan jumlah dan kualiti penyelidik;
III
meningkatkan jumlah MoA yang dikira dalam pencapaian MyRA UMS;
IV
meningkatkan peluang penerbitan dan keterlihatan UMS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
JENIS KOLABORASI PENYELIDIKAN DENGAN INSTITUSI LUAR
 
a
Kerjasama dalam bidang penyelidikan
b
Kerjasama penerbitan
c
Perkongsian penggunaan kemudahan dan peralatan penyelidikan yang ada di UMS dan rakan MoA.
d
Pembangunan sumber manusia melalui latihan, sangkutan, praktikum dan perkongsian/pertukaran kepakaran.
e
Pembangunan usahawan dan pengkomersilan.
f
Kerjasama penganjuran aktiviti persidangan, seminar, bengkel dan lain-lain
g
Kerjasama lain yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dari semasa ke semasa.
 
 
TEMPOH KOLABORASI PENYELIDIKAN DAN SILING PERUNTUKAN
 
Jangka masa kolaborasi penyelidikan maksimum adalah selama tiga (3) tahun sahaja. Siling peruntukan adalah seperti berikut :
 
PERINGKAT KOLABORASI PENYELIDIKAN
SILING PERUNTUKAN (RM)
Peringkat Kebangsaan
RM 70,000.00
Peringkat Antarabangsa
RM 200,000.00
 
SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN
a
Geran ini dibuka kepada semua fakulti/institut;
b
Bagi Fakulti/Institut yang pernah membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dengan institusi luar, Fakulti/Institut hendaklah mengenalpasti rakan MoU yang berminat untuk menjalin kerjasama penyelidikan. Seterusnya, Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut perlu ditukar kepada Memorandum Perjanjian (MoA);
c
Rakan MoA yang dipilih hendaklah bersetuju untuk menyumbang jumlah dana (dollar to dollar) yang sama dengan jumlah wang yang telah disalurkan oleh pihak UMS; dan
d
Fakulti/Institut hendaklah memastikan institusi luar/rakan MOA yang dipilih mematuhi dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan ini.
 
Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan Garis Panduan dan borang permohonan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
ALAMAT EMEL
Puan Mary Kinsui
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norni Lagung
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
: TAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan menawarkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) yang mula dibuka pada 14 April – 6 Mei 2016 (Sebelum jam 5.00 petang).
 
Sebagai makluman, UMSGreat merupakan geran khas yang disediakan untuk pelajar pascasiswazah mod penyelidikan sepenuh masa untuk menjalankan penyelidikan khususnya bagi pelajar pascasiswazah di bawah seliaan pensyarah (penyelia) yang tidak mempunyai sebarang geran penyelidikan serta mempunyai pelajar-pelajar seliaan yang berkelayakan mengikut kriteria berikut:
 
a.
Pelajar dari dalam negara atau dari luar negara;
b.
Pelajar sarjana atau PhD secara penyelidikan yang baharu mendaftar atau sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS dengan syarat yang disebutkan di perkara (c) dan (d);
c.
Pelajar sarjana (bidang Sains dan Sains Sosial) boleh mengemukakan permohonan tidak lebih daripada dua semester daripada tarikh mendaftar;
d.
Pelajar PhD (bidang Sains dan Sains Sosial) boleh mengemukakan permohonan tidak  lebih daripada tiga semester daripada tarikh mendaftar;
e.
Pelajar tersebut telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan dan mencapai milestone yang telah ditetapkan;
f.
Pelajar tersebut belum menerima sebarang bantuan kewangan bagi tujuan penyelidikannya dari mana-mana agensi;
g.
Pensyarah (penyelia) belum mendapat mana-mana geran penyelidikan bagi tajuk kajian pelajar yang diselia;
h.
Bagi pensyarah (penyelia) yang mempunyai lebih daripada seorang pelajar, permohonan boleh dibuat bagi setiap pelajar di bawah seliaannya tertakluk kepada pelajar berkenaan memenuhi kriteria tersebut di atas.
 
Permohonan boleh dibuat menggunakan borang permohonan UMSGreat dengan menyertakan salinan borang penilaian pembentangan proposal pelajar pascasiswazah di peringkat Fakulti/Institut.
 
Siling peruntukan UMSGreat untuk pelajar sarjana dan pelajar PhD adalah seperti berikut :
 
PRINGKAT PENGAJIAN
PENGKHUSUSAN
JUMLAH BANTUAN (RM)
Sarjana
Sains
10,000.00
Sains Sosial
5,000.00
PhD
Sains
15,000.00
Sains Sosial
7,000.00
 
 
Bersama ini disertakan Garis Panduan UMSGreat dan borang permohonan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
ALAMAT EMEL
Puan Mary Kinsui
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norni Lagung
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.