PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN
SUBJEK : PEMBATALAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2016
 
PEMBATALAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2016
 
Pengguna yang dihormati,
 
Berikut adalah senarai pangkalan data yang telah dibatalkan
 
No
Pangkalan Data
1
Institute of Physics (IOP)
2
OVID Biomedica
3
Engineering Village (EV2)
4
Web of Science (ISI Knowledge)
 
Walau bagaimanapun, pihak perpustakaan menawarkan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)/ Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) untuk mendapatkan bahan daripada perpustakaan lain. Permohonan boleh dihantar melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan menyertakan maklumat terperinci bahan yang dimohon. Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi borang Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)/ Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) yang boleh didapati di kaunter-kaunter perkhidmatan.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA

: UNIT SPADA, FPP

SUBJEK

: PERMOHONAN DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2016/2017​

 

Penajaan untuk program ini ditawarkan kepada Kakitangan Kerajaan sahaja. Calon perlu memohon secara online melalui laman web eSila, http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=SPAD&auth=7141 mulai 28 Mac 2016 sehingga 22 April 2016. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan perlu dihantar ke Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 April 2016.

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR (MAP) 2016
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,
​JEMPUTAN MENGHADIRI ​MAJLIS ASPIRASI PENDAFTAR (MAP) 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   ​Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Aspirasi Pendaftar akan diadakan pada ketetapan berikut:
​​
Tarikh: 8 April 2016 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Resital, FKSW
3.   Sehubungan itu, ​SEMUA PEGAWAI PENTADBIRAN & IKHTISAS SERTA PELAKSANA ​adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. ​Bersama ini dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan Tuan/Puan. 
​4.   ​Untuk makluman, ​Mata IDP akan diberikan​ dan perkhidmatan video konferens untuk menghubungkan Kampus Sandakan dan Kampus Labuan kepada Kampus Induk​ akan disediakan​​.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borangBorang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 28 April 2016. 
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: Institut Penyelidikan Marin Borneo
SUBJEK
New Perspectives about Mangroves in Relation to the Natural Ecosystems and Anthropogenic Developments

 

New Perspectives about Mangroves in Relation to the Natural Ecosystems and Anthropogenic Developments
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
 

Tarikh: 8 April 2016 (Jumaat)

Masa: 2.30 – 3.30 pm

Tempat: Mini Teater Akuarium dan Muzium Marin,

Institut Penyelidikan Marin Borneo

Anjuran: Unit Penyelidikan Spesies Marin Terancam (UEMS), 

IPMB UMS

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.