PENGUMUMAN DARIPADA
: Institut Penyelidikan Marin Borneo
SUBJEK
New Perspectives about Mangroves in Relation to the Natural Ecosystems and Anthropogenic Developments

 

New Perspectives about Mangroves in Relation to the Natural Ecosystems and Anthropogenic Developments
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
 

Tarikh: 8 April 2016 (Jumaat)

Masa: 2.30 – 3.30 pm

Tempat: Mini Teater Akuarium dan Muzium Marin,

Institut Penyelidikan Marin Borneo

Anjuran: Unit Penyelidikan Spesies Marin Terancam (UEMS), 

IPMB UMS

 

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
SUBJEK
: PEMBUKAAN MINI-MART HEPA DI ANJUNG SISWA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Mini-Mart HEPA telah dibuka secara rasmi pada 5 April 2016 yang bertempat di Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, bersebelahan dengan kiosk Maybank.
 
Kami mengalu-alukan kedatangan warga universiti ke Mini-Mart ini kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan pelbagai barangan keperluan dapur juga turut disediakan. Mini-Mart ini juga menyediakan kemudahan KREDIT kepada kakitangan sokongan Universiti.
 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
SUBJEK
: Anugerah Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (APUMS ) Tahun 2015
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Y.Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Penyelidik UMS (APUMS) tahun 2015.
 
Penghargaan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada hasil kerja pensyarah / Penyelidik yang telah berjaya menghasilkan jurnal / kertas kerja persidangan /buku / bab dalam memberi impak baik pembinaan ilmu atau peningkatan taraf hidup manusia sejagat yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa sepanjang tahun 2015.
Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan penyertaan bagi kategori penghargaan berikut yang dibuka kepada semua pensyarah /penyelidik di UMS;
 
1. Penghargaan Penerbitan Buku
2. Penghargaan Penerbitan Bab Dalam Buku
3. Penghargaan Pembentangan Kertas Kerja Terbaik Persidangan Peringkat Antarabangsa
 
Bersama-sama ini dilampirkan Kriteria Penilaian dan Borang Permohonan yang berkaitan untuk penghargaan tersebut.
 
Sila hantar borang penyertaan yang lengkap beserta dengan salinan bukti sokongan/ buku yang asal (akan dipulangkan), selewat-lewatnya pada 14 April 2016 (Khamis) kepada ;
 
Urusetia Kategori Penghargaan APUMS 2015,
Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI),
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori
U/P: Puan Saidah Mat Salleh (samb. 1833).
 
Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amat dihargai dan  didahulukan dengan ucapan terima kasih..
 
NOTA PENTING:
KEGAGALAN UNTUK MENGHANTAR BORANG YANG TELAH DIISI LENGKAP BESERTA LAMPIRAN BUKTI SOKONGAN BAGI SETIAP PENYERTAAN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN YBRS. PROF. /PROF. MADYA DR. /DR. /TUAN /PUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
PERMOHONAN YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT YANG TELAH DISEBUTKAN JUGA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PERPUSTAKAAN
SUBJEK
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2015/2016
 
PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2015/2016 BERMULA PADA 09 HINGGA 17 APRIL 2016 ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
ISNIN – KHAMIS
: 8:30 PAGI – 5:00 PETANG
JUMAAT
: 8:30 PAGI – 11:30 PAGI
11:30 PAGI – 2:00 PETANG ( TUTUP )
: 2:00 PETANG – 5:00 PETANG
SABTU
: 9:30 PAGI – 1:00 PETANG
AHAD & CUTI AM
: TUTUP

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK
SUBJEK
: JERAYAWARA (ROADSHOW) ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-10 SIRI 5/2016 (ZON SABAH)
 
TARIKH : 8 APRIL 2016 (JUMAAT)
MASA    : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI 
TEMPAT : AUDITORIUM PASCASISWAZAH, UMS
 
Dimaklumkan bahawa penganjuran Anugerah Akademik Negara pada tahun ini diteruskan lagi dengan merangka beberapa pelan tindakan serta promosi yang berterusan yang perlu dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada warga akademik di samping bertujuan untuk mengetengahkan ikon-ikon akademia yang dipilih sebagai penerima Anugerah Akademik Negara (AAN).
 
Hebahan dan aturcara jerayawara dilampirkan. 
 
Maklumat lanjut mengenai majlis ini, bolehlah berhubung dengan Pn. Junainah Ismail, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Pengurusan Strategik dan Akademik (PPSA), samb. 1054, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.ums.edu.my, Pn. Shanty Ripah, Setiausaha Pejabat, PPSA, samb. 1905, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.