Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Subjek: Perkhidmatan Turnitin Kini Kembali
 
 
Dengan sukacita mengumumkan bahawa perkhidmatan Turnitin kini boleh digunakan.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Ecocampus
Subjek: Anugerah Kreativiti Ecocampus (AKE) 2017
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Adalah dimaklumkan Pusat Pengurusan Ecocampus akan melaksanakan penilaian Anugerah Kreativiti Ecocampus (AKE) 2017 bermula 13 April sehingga 08 Mei 2018.
 
03. Sehubungan dengan itu, mohon pihak puan untuk menghebahkan di laman web/emel mengenai AKE ini.
 
04. Turut dilampirkan bersama ini borang penilaian dan kriteria penilaian untuk turut disertakan ke dalam hebahan tersebut.
 
05. Sebarang maklumat lanjut pihak puan boleh terus menghubungi saya di nombor 015-9611 5431 (Whatsapp sahaja).
 
Perhatian pihak puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Pekeliling Pendaftar Bil. 2 Tahun 2018: Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Hari Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
PEKELILING PENDAFTAR BIL. 2 TAHUN 2018: HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA HARI MENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-14
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 2 Tahun 2018 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof.Dr/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof.Dr/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
 
 
MOHD. ZAIDIE ADILAI  
Ketua
Bahagian Pentadbiran & Governan
Jabatan Pendaftar
b.p. Pendaftar
 
Surat (.pdf)