Pengumuman Daripada: Pusat Pendidikan Fleksibel Universiti Malaysia Sabah (UMSFLEC)

 

Masih tercari-cari program pendek yang bersesuaian dengan syarikat anda?
Adakah anda seorang kontraktor yang bekerja sendiri?
Seorang majikan yang memiliki 5 kakitangan atau lebih?
Pemilik perniagaan kecil dan sederhana (IKS)?
Atau anda masih dalam pengajian atau telah tamat pengajian?
 
Anda amat digalakkan mengikuti kursus ini jika anda berminat dalam pembelajaran Safety & Health.
 
Untuk mereka yang berminat dalam bidang KKP (Swasta atau Awam), OSHC-RA di tempat kerja telah dikuatkuasakan bermula Jun 2024 dalam OSHA 2022 yang digunapakai untuk sektor swasta dan awam.
 
Jom daftar bersama kami di program pendek:
 
𝐔𝐌𝐒 𝐎𝐒𝐇𝐂-𝐑𝐀
 
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗞𝗞𝗣 (𝗢𝗰𝗰𝘂𝗽𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗳𝗲𝘁𝘆 & 𝗛𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵 𝗖𝗼𝗼𝗿𝗱𝗶𝗻𝗮𝘁𝗼𝗿 – 𝗥𝗶𝘀𝗸 𝗔𝘀𝘀𝗲𝘀𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁) 𝗡𝗢. 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦: 𝟭𝟬𝟬𝟬𝟭𝟰𝟳𝟬𝟲𝟭𝟬
 
Yang dilaksanakan pada:
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 4 hingga 8 November 2024 (5 Hari)
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Bilik Seminar UMS
𝐌𝐚𝐬𝐚: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
 
Mengapa UMS menjadi tempat pilihan anda??
 
🔴Program dilaksanakan secara semuka dan latihan amali (HIRARC Practical) di tempat kerja sekitar UMS
🔴Program 1+1 dijalankan (3 hari OSH-C dan 2 hari HIRARC)
🔴Sijil Penyelaras KKP yang diiktiraf oleh JKKP/DOSH
🔴Tenaga pengajar yang kompeten dan berpengalaman dalam KKP
🔴Menggunakan format HIRARC terkini berdasarkan ICOP OSH risk management
 
Daftar sekarang tempat adalah terhad:
 
 
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) serta Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) akan menganjurkan Road-To-Commercialisation Bootcamp: Sabah 2024.
 
Program ini bertujuan untuk mempercepatkan pengkomersialan idea-idea inovatif dari peringkat konsep sehingga ke pasaran.
 
Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 - 18 Oktober 2024 (Rabu hingga Jumaat)
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Aras 12, Digital dan IoT Sandbox, KSTI, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu
Bootcamp ini menyediakan peluang untuk penyelidik, pensyarah, dan pelajar berinteraksi dengan rakan industri, mempelajari teknik-teknik praktikal, dan membina kemahiran dalam proses pengkomersialan. Beberapa topik utama yang akan dibincangkan termasuk:
  • Proses asas pengkomersialan
  • Pengesahan dan penemuan pelanggan
  • Membangunkan cadangan nilai produk
  • Reka bentuk model perniagaan
  • Hak harta intelek
  • Persiapan untuk berhadapan dengan pelabur
  • Pelan hala tuju pengkomersialan
Sehubungan itu, pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijemput untuk menyertai program ini. Para peserta akan berpeluang untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang dapat membantu mereka membawa idea inovatif ke pasaran.
 
Untuk pendaftaran, sila imbas QR-Code pada poster yang dilampirkan bersama hebahan ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Nor Fadilah binti Abdu Razak melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian +014-3779 335.
 
Semoga hebahan ini mendapat perhatian dan penyertaan dari kalangan warga UMS.

 

Pengumuman Daripada: Galeri Azman Hashim UMS

 

 

Jom datang beramai-ramai ke Festival MAYAPADA di Galeri Azman Hashim UMS pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) bermula dari jam 7.30 malam. Konsert yang julung kali diadakan di GAH-UMS menghimpunkan persembahan artis muzik tradisional Sabah dan banyak lagi. 
 
Selain konsert, jualan makanan dan minuman food truck dan vendor lain juga disediakan bermula dari jam 5.00 petang.
 
 
Tarikh : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Verandah, Galeri Azman Hashim UMS
 
KAMI MENANTIKAN KEDATANGAN ANDA😊
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika
 
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat UMS 2024 anjuran Fakulti Perhutanan Tropika yang akan diadakan pada 15 - 17 Oktober 2024.
 
Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah yang bakal dimenangi.
 
Semua dijemput hadir memeriahkan sambutan.