COVID-19: JAKMAS UMSKAL sumbang 500 pelindung muka kepada petugas barisan hadapan JKWPL

oleh: Salbinous Saribun

JUMAAT, 29 JANUARI - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menyerahkan sebanyak 500 pelindung muka (face shield) kepada petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Labuan (JKWPL) di Dewan Hospital Membedai Labuan pada 27 Januari 2021.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohammad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Professor Dr Jualang Azlan Gansau menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari.

500 pelindung muka itu dijahit sendiri oleh 30 mahasiswa yang mewakili JAKMAS dan Pembimbing Suai Mesra (PSM) selama dua bulan.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Farmasi JKWPL, Ridhuan Abdullah, Yang Dipertua JAKMAS UMSKAL, Muhammad Afiq Naiser dan Timbalan Pengarah Program, Chiang Pong Chun Melvin yang mewakili Pengarah Program,  Mimie Amyrah Osman.

Hadir sama dua Felo Kolej Kediaman UMSKAL, Abd Rahman Ibrahim dan Mat Rahim Matsin.

Menurut Muhamad Afiq, sumbangan pelindung muka itu sebagai simbolik penghargaan dan ucapan terima kasih serta keprihatinan mahasiswa UMSKAL kepada petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Labuan yang berusaha gigih menangani pandemik COVID-19.

“JAKMAS UMSKAL amat menghargai komitmen dan sumbangan petugas barisan hadapan JKWPL kepada kami di UMS Labuan.

“JKWPL telah banyak membantu mahasiswa dalam urusan kesihatan dan perubatan termasuk dalam urusan mencegah pandemik COVID-19,” katanya.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Professor Dr Jualang Azlan Gansau mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha gigih mahasiswa tersebut.

Sementara itu, Dr Ismuni merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JAKMAS UMSKAL atas sumbangan pelindung muka tersebut untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan JKWPL.

Beliau turut menasihatkan warga Labuan termasuk kakitangan dan mahasiswa UMSKAL supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.