UMS Sumbang 250 Pelindung Muka UMS Covi-Pro untuk calon SPM SMK St Mary Limbahau

SELASA, 9 FEBRUARI – Sejumlah 250 pelindung muka UMS Covi-Pro telah disumbangkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Mary Limbahau, Papar dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.

Pengetua SMK St. Mary Limbahau, Philip Chew dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Bengkong Anak Pungat @ Cassidy Pungat mewakili sekolah menerima pelindung muka tersebut sebelum diagihkan kepada guru-guru dan pelajar sekolah.

Pengarah Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) UMS, Prof. Madya Dr. Zaleha A. Aziz berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada guru-guru dan calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang pada masa ini sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

“Sumbangan ini merupakan salah satu usaha UMS membantu mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat termasuk di kawasan sekolah agar aspek keselamatan guru-guru dan pelajar dapat dipertingkatkan.

“Diharap sumbangan ini dapat memanfaatkan warga SMK St. Mary Limbahau dan memudahkan prosesi PdP di kelas berjalan dengan lancar,” katanya.

Zaleha menambah, UMS Covi-Pro merupakan inovasi kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Dr. How Siew Eng dari Fakulti Sains dan Sumber Alam dan Dr. Choong Dr Chong Wai Hen dari Fakulti Kejuruteraan bersama-sama sukarelwan UMS yang dihasilkan untuk kegunaan kakitangan dan anggota barisan hadapan UMS, serta turut disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di pelbagai agensi. 

Sejak digerakkan, penghasilan UMS Covi-Pro pada penghujung bulan Mac 2020, UMS telah menyumbangkan inovasi tersebut kepada petugas di beberapa agensi antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Hospital Likas, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan MASwings Sdn Bhd.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.