Dua Pelajar UMS Cemerlang Pada ‘Talk-Show Mahasiswa Indonesia-Malaysia 2021’

ISNIN, 15 FEBRUARI – Dua pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mewakili univesiti pada pertandingan ‘Talk-Show Mahasiswa Indonesia-Malaysia 2021’ mengharumkan nama UMS apabila berjaya memenangi beberapa pencapaian pada pertandingan tersebut.

Pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Muhammad Iman Azhar dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Martika Muhamad Rezuan berjaya muncul johan bagi kategori Pembentangan Terbaik, selain inovasi program Digital Hero yang dibentangkan turut terpilih sebagai pemenang Inovasi Terbaik.

UMS juga berjaya muncul Naib Johan bagi kategori kampus inovatif pada pertandingan yang berlangsung secara maya dan turut disertai beberapa institut pengajian tinggi di Malaysia dan Indonesia.

Antara IPT Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Kolej Universiti Polytech Mara Kuala Lumpur (KUPTM).

IPT dari Indonesia pula antaranya Universitas Syiah Kuala (USK), Politeknik Caltex Riau (PCR), Universitas Widya Kartika Surabaya (UWIKA), Politeknik Aceh Selatan (POLTAS), Politeknik Perkapalan Negeri Surabaya (PPNS), dan Akfar YPPM Mandiri Banda Aceh.

Dengan kejayaan tersebut, kedua-dua pelajar UMS akan menerima sijil kemenangan daripada POLTAS selaku penganjur pertandingan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Dr Jurry Foo ketika mengulas tentang kejayaan tersebut berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan sistem pembelajaran di PKPP UMS dalam membimbing para pelajar memperkasakan bakat dan potensi dan bersedia menghadapi dunia sebenar. 

“Peluang menawarkan para pelajar menyertai acara antarabangsa seperti ini akan memberikan pengalaman yang bermakna.

“Ini juga adalah platform terbaik untuk memberikan motivasi kepada pelajar UMS untuk terus menunjukkan keupayaan mengoptimummkan pengetahuan dan kemahiran mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif dalam menghadapi kehidupan normal baharu,” katanya.

Jurry Foo turut  mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kedua-dua pelajar tersebut, iaitu Juhar Harun dan Stella @ Nurul Martini Gontol yang sentiasa proaktif menjadi penggerak PKPP UMS untuk melahirkan pelajar universiti yang holistik.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.