Penyelidik UMS menang dua emas, satu perak dan satu gangsa MRC- IIE 2022

 

KOTA KINABALU: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam penyertaan Malaysian Road Conference Invention & Innovation (MRC-IIE) 2022, baru-baru ini.

Pingat emas pertama dimenangi melalui inovasi bertajuk Recycled Plastic Compressed Paver Block oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Ts. Dr. Lillian Gungat.

Lillian turut meraih pencapaian berganda apabila sebuah lagi kumpulan penyelidik yang diketuainya dianugerahkan pingat gangsa melalui inovasi Rubberised Sandstone Aggregate for Road Construction.

Satu lagi pingat emas dimenangi kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa.

Mereka mencipta inovasi bertajuk An Innovative Production Method of Interlocking Compressed Earth Brick System for Green Building Construction.

Sementara itu, pingat selebihnya iaitu satu pingat perak dimenangi melalui inovasi bertajuk Eco-Friendly Paver Block: Development of Concrete Eco-Paving Blocks using Crumb Rubber Granules and Eco-Processed Pazzolan.

Ia dihasilkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Ir. Ts. Dr. Habib Musa Mohamad.

Berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, kesemua penyertaan penyelidik UMS dikendalikan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP).

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.