NDRC UMS Yang Pertama Di Sabah Terima Geran Penyelidikan YPOMNM

 

Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menerima Geran Penyelidikan Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) bagi kitar 1-2022.

Majlis penyerahan replika cek disampaikan oleh Pengasas YPOMNM, Prof. Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah kepada Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus sambil disaksikan oleh Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau dan Pengasas Bersama YPOMNM, Prof. Madya Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli.

Berucap dalam majlis tersebut, Jafri menyatakan bahawa antara objektif penubuhan Yayasan ini adalah untuk mewujudkan penyelidikan otak, minda dan neurosains di Malaysia sebagai satu penyelidikan yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Selain itu, Yayasan ini turut menyediakan bantuan perkhidmatan dan kewangan serta mendapatkan dana dan sumbangan kepada para penyelidik yang aktif dalam menjalankan sebarang penyelidikan berkaitan dengan otak, minda dan neurosains.

“Geran penyelidikan ini ditawarkan secara terbuka kepada penyelidik di institusi / pusat / agensi sama ada awam atau swasta yang berminat melaksanakan penyelidikan yang melibatkan bidang neurosains seperti bidang neurosains asas, neurosains klinikal, dan neurosains gunaan yang bersesuaian dengan keadaan semasa di negara ini,” katanya.

Tambah beliau, bagi kitar 1-2022, pihak YPOMNM telah menerima 20 permohonan daripada 9 organisasi iatu 7 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Walau bagaimanapun katanya, hanya dua pemenang yang berjaya menerima geran YPOMNM tersebut iaitu Dr. Carolyn (UMS) dan Dr. Wu Yuan Seng (Sunway University Malaysia)

Sementara itu Jualang berkata, pihaknya menghargai peluang dan kerjasama yang diberikan oleh YPOMNM kepada UMS melalui pembiayaan projek penyelidikan tersebut.

“Diharapkan melalui pembiayaan penyelidikan ini akan mewujudkan lebih banyak peluang kerjasama penyelidikan pada masa akan datang terutamanya dalam bidang berkaitan dengan bencana alam serta kaitannya dengan hubungan terkesan terhadap kesihatan mental dengan sosio-demografi,” ujarnya.

Dr. Caloryn selaku ketua projek menjalankan penyelidikan “Mental Health in Climate Anxiety Analysis: Response to Extreme Weather Events due to Climate Change” bersama penyelidik lain daripada UMS iaitu Prof. Dr. Justin Sentian dan Mohd Asyraf Refdin serta penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Siti Hayfsah Idris.

Dalam majlis yang sama, rombongan YPOMNM juga turut melawat makmal NDRC bagi melihat sendiri sistem pemantauan aktiviti gempa bumi yang dikenali sebagai SEISCOMP3.

Sistem ini merupakan sistem pemantauan gempa bumi (real time data) melalui kerjasama NDRC bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sejak tahun 2021 lagi.

Hadir sama, Pemegang Amanah YPOMNM Dr. Mohd. Sofan Zenian; Timbalan Dekan HEPA FSSA, Prof. Madya Ts. Dr. Chee Fuei Pien; Felo Penyelidik Utama NDRC, Dr. Janice Lynn Ayog dan Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.