UMS, SC anjur Program Jerayawara Peluang Kerjaya dalam Pasaran Modal

 

Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengadakan program Invested: Jerayawara & Forum Kerjaya di Dewan Seminar, Pusat Islam UMS, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Pengawasan Pengantara dan Dana SC, Shamsul Bahriah Shamsudin berkata, program itu antara lain bertujuan memberi pengenalan dan berkongsi peluang pekerjaan dalam bidang pasaran modal.

“Selain itu, para peserta berpeluang untuk terlibat dalam sesi forum yang melibatkan empat panel berpengalaman dalam pelaburan dan pasaran modal.

“Pada masa yang sama, ia juga bagi memberi pendedahan tentang peluang menyertai program Invested yang akan bermula pada penghujung Julai 2023,” katanya pada majlis tersebut.

Hadir sama, Timbalan Pengarah PKPKP UMS, Dr. Nur Thara Atikah Zainal.

Menurut Thara, seramai 300 peserta telah menghadiri program tersebut secara fizikal dan dalam talian.

“Para peserta terdiri daripada pelajar tahun akhir UMS dari pelbagai bidang ijazah sarjana muda.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program yang julung kalinya diadakan di UMS ini.”

“Semoga ia dapat memberi manfaat dari segi peningkatan ilmu mengenai industri dan pengetahuan mengenai peluang pekerjaan jangka masa panjang yang ditawarkan melalui program Invested,” katanya.

Turut hadir ialah wakil daripada syarikat berkaitan pelaburan dan pasaran modal Tehmina Kaoosji dan Puan Tan Miang Kieng (Kenanga Investment Sdn. Bhd.); dan Lok Eng Hong (Maybank Investment Sdn. Bhd.).

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.