UMS, Universitas Slamet Riyadi, Indonesia Meterai LoI Bagi Kolaborasi Pelbagai Bidang

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani satu dokumen Surat Niat (Letter of Intent, LoI) bersama Universitas Slamet Riyadi (UNISRI), Surakarta, Indonesia ke arah pemeteraian kolaborasi pelbagai bidang antara kedua-dua pihak.

LoI tersebut ditandatangani dalam satu acara yang berlangsung di UNISRI bersempena dengan ulang tahun ke-43 universiti tersebut baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor mewakili UMS menandatangani dokumen LoI tersebut, manakala UNISRI diwakili oleh Rektornya, Prof. Dr Drs Sutoyo.

Menerusi pemeteraian LoI tersebut, kedua-dua universiti akan bekerjasama dalam pelbagai bidang akademik menerusi aktiviti-aktiviti seperti pertukaran idea, maklumat dan bahan ilmiah; kolaborasi dalam projek penyelidikan, penerbitan dan pengajaran; pertukaran pelajar melalui rancangan biasiswa dan latihan amali; dan meneroka pembiayaan bagi projek yang mampu memberi manfaat bersama antara kedua-dua universiti.

Kedua-dua pihak juga komited untuk kolaborasi tersebut disusuli dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai memperkukuhkan lagi kerjasama bagi penyelidikan, latihan dan perkongsian akademik antara kedua-dua pihak.

Turut hadir pada majlis tersebut Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal.

Terdahulu, Geoffrey turut menerima undangan sebagai penceramah jemputan di Fakulti Ekonomi UNISRI.

Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Pemasaran Digital dan Pengurusan Kos untuk Meningkatkan Prestasi Syarikat” di hadapan seramai 87 orang yang hadir termasuk Dekan Fakulti Ekonomi UNISRI, Dr Aris Eddy Sarwono; Ketua Program Perakaunan, Dr Rispantyo; Ketua Program Pengurusan, Lamidi; dan Pensyarah Program Pengurusan, Dr Marjam Desma Rahadhini.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.