UMS Tuan Rumah Pertandingan Pengajaran Guru Bahasa Cina Antarabangsa

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pertama Pertandingan Pengajaran Guru Bahasa Cina Antarabangsa Peringkat Malaysia 2023.

Pertandingan yang ditaja oleh Kedutaan China di Malaysia itu turut mendapat sokongan daripada Changsha University of Sicence and Technology serta CCCC Dredging Group Co. Ltd.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, penganjuran pertandingan itu memberi peluang kepada para peserta untuk menjalin persahabatan di antara Institut Confucius di Malaysia serta rakan universiti yang terlibat.

“Pertukaran serta perkongsian cara dan teknik pengajaran serta idea yang kreatif dan bernas daripada para peserta sudah pasti akan membuka ruang yang lebih luas bagi memartabatkan lagi pengajaran bahasa ini pada masa hadapan.

“Besarlah harapan saya agar lebih banyak peluang berinteraksi dapat diinisiatifkan seperti pertandingan ini pada masa hadapan.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Institut Confucius UMS (CI@UMS) atas kejayaan penganjuran pertandingan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan tersebut. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Naib Canselor UMS, Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut di Gelari Majlis, Bangunan Canselori UMS baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan selama dua hari itu disertai oleh 12 guru bahasa Institut Confucius dari UMS, Universiti Malaya, Universiti SEGi, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Teknologi Sarawak.

Turut hadir, Pengarah CI@UMS (Malaysia), Profesor Dr. Ts. Dr. Chong Khim Phin dan Pengarah CI@UMS (China) Profesor Madya Deng Rong.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.