NDRC UMS Terus Aktif dalam Usaha Merangka Inisiatif Berkaitan Pengendalian Risiko Bencana Alam

 

Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus aktif menyumbang dalam merangka inisiatif-inisiatif berkaitan pengendalian risiko bencana alam.

Terbaharu, NDRC telah terlibat secara langsung dalam Siri Bengkel Pemurnian Modul Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah NDRC UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus, bengkel tersebut antara lain bertujuan untuk penetapan pelaksanaan program-program komuniti berkaitan yang perlu diperluaskan di peringkat lokaliti dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi (IPT) negara.

“Ini adalah bagi meningkatkan keupayaan kumpulan pemimpin komuniti supaya sentiasa bersiap sedia dan proaktif dalam mengurangkan risiko bencana serta menerapkan nilai daya tahan menghadapi bencana.

“Usaha proaktif dalam pelaksanaan bengkel sebegini amat penting untuk memastikan penyelarasan dibuat terhadap pelaksanaan program-program komuniti CBDRM agar mengandungi komponen dan piawaian yang seragam,” katanya dalam satu kenyataan.

Carolyn turut memaklumkan, program CBDRM yang melibatkan komuniti merupakan salah satu keperluan utama negara.

“Modul ini mampu membantu meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan orang awam terhadap risiko bencana agar mereka bertindak tanpa bergantung kepada agensi kerajaan atau penyelamat dalam menghadapi fenomena bencana.

“Pendekatan bottom-up dari peringkat komunti secara whole of society approach sangat penting dalam pendedahan modul-modul latihan kepada komuniti.

“Pendekatan ini untuk memperkukuh fasa pencegahan dan kesiapsiagaan sebelum berlakunya bencana (pre-disasters) dan mengurangkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan serta kerugian kos yang tinggi kepada negara,” ujar beliau.

Bengkel yang berlangsung sebanyak dua siri itu turut disertai NGO seperti Yayasan TM, Red A Humanitarian Development Global, Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia), Malaysian Relief Agency (MRA), Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) serta Malaysian Red Crescent.

Turut terlibat sama dalam menjayakan bengkel tersebut ialah wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga merupakan penganjur bersama bengkel tersebut.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.