Pembelian Kenderaan Baru Bantu HUMS Tingkat Perkhidmatan Kesihatan Kepada Masyarakat Luar Bandar

 

Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) telah menerima peruntukan pembelian kenderaan baru bagi kegunaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar khususnya di Sabah.

Pembelian kenderaan ini selaras dengan pendekatan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui program KPT Prihatin MADANI.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, program KPT Prihatin MADANI merupakan inisiatif KPT sejak tahun 2021 iaitu pelaksanaan program Klinik Bergerak (mobile clinic) dan program jangkauan (outreach).

“Pelaksanaan program ini khususnya di Sabah telah memberikan tanggungjawab kepada HUMS untuk melaksanakan program ini.

“Ia melibatkan kesihatan komuniti golongan sasar terutama golongan luar bandar atau pedalaman serta komuniti B40 yang jauh dari fasiliti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kenderaan HUMS di perkarangan Pusat Rawatan Warga (PRW), baru-baru ini.

Kasim turut memaklumkan, sebanyak RM3 juta yang diperoleh daripada KPT banyak membantu operasi kesihatan komuniti luar bandar.

“Dengan RM3 juta ini juga, sebahagian perbelanjaan ialah dengan membeli kenderaan-kenderaan yang akan membawa pasukan perubatan dan barang-barang kesihatan yang diperlukan komuniti di pedalaman,” katanya.

Tambah beliau, usaha ini mencapai salah satu objektif utama penubuhan HUMS iaitu peka komuniti, yang melibatkan merintis perkhidmatan atau aktiviti kesihatan khusus komuniti.

“Oleh yang demikian, inisiatif bagi membantu komuniti luar bandar adalah satu inisiatif murni dan harus dijayakan dan diteruskan,” ujar beliau.

Untuk rekod, sehingga kini kenderaan yang telah dibeli HUMS antaranya ialah coaster, lori untuk klinik bergerak (mobile clinic), dua pacuan empat roda, van penumpang, van untuk klinik bergerak (mobile clinic) dan van untuk klinik pergigian bergerak (mobile dental clinic).

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir Dr. Rosalam Hj. Sarbatly; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Pengarah HUMS, Profesor Dr. Helen Benedict Lasimbang dan Ketua Pustakawan UMS, Md Sazali Md Salleh.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.